Home » , » ARTIS!! Izara AIshah Dedah Pasangan Cinta Yang Semakin Hangat

ARTIS!! Izara AIshah Dedah Pasangan Cinta Yang Semakin Hangat

ARTIS!! Izara AIshah Dedah Pasangan Cinta Yang Semakin Hangat


Hubungan cinta antara pelakon jelita, Izara Aishah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios, Adib Khalid yang juga anak tiri penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza, bukan lagi rahsia.
Kedua-duanya sudah membuat pengakuan dan kian terbuka apabila sering dilihat menghadiri beberapa acara hiburan bersama.
Terbaru, pasangan dua sejoli ini hadir memberi sokongan kepada Siti yang menjayakan konsert Unplugged di Panggung Sari, Istana Budaya.
Izara yang tampak bahagia di samping Adib tersenyum apabila ditanya mengenai kekasihnya. Meskipun berhati-hati menjawab setiap soalan diajukan, terbukti dia makin terbuka berkongsi perkembangan hubungan yang hangat berputik itu.
“Walaupun bercinta, saya dan Adib tidak bertemu setiap hari. Kami sedia maklum kesibukan kerja masing-masing dan tiada istilah kecil hati atau rajuk jika seorang tidak dapat meluangkan masa.
“Saya terikat dengan penggambaran dan dia pula menggalas tanggungjawab berat apabila menerajui Tune Studios. Saya faham keadaan dia dan menyokongnya dari belakang. Begitu juga dia.
“Kebetulan malam ini saya lapang, jadi dapatlah hadir ke konsert ini bersama Adib dan berkumpul dengan keluarganya. Lagipun saya peminat Siti, tidak mungkin saya lepaskan peluang menonton persembahannya,” kata Izara yang meletakkan kepercayaan sebagai elemen penting dalam hubungan.


Tambahnya, dia bukan jenis yang terbuka membicarakan perihal cinta. Namun apabila pasangannya berada dalam industri sama, ia tidak dapat dielakkan.
Seingatnya, kali pertama mereka muncul berdua depan khalayak pada acara Anugerah Industri Muzik ke 21 (AIM21) yang berlangsung pada Disember 2014.
“Kami tidak merahsiakan hubungan. Andai ada yang terserempak dengan kami dan bertanya, kami mengaku. Namun suka-suka bercerita bukan cara saya sejak dulu lagi.
“Orang tahu kami bercinta tetapi tidak tahu apa urusan kami. Lebih baik begitu kerana saya tidak mahu cerita peribadi lebih diperkatakan daripada perkembangan karier,” katanya.
Diusik bila lagi mahu ikat hubungan itu ke fasa lebih serius, Izara pantas menjawab, masih terlalu awal untuk membicarakan perkara itu kerana fokus mereka sekarang adalah mengukuhkan karier terlebih dulu.
“Kami masih muda, banyak lagi perkara perlu didahulukan. Nak cakap lebih pun tidak manis, apatah lagi saya perempuan.
“Insya-Allah, andai tertulis ada jodoh antara kami, sampai masa akan bersatu juga. Doakan yang terbaik buat kami,” katanya.
Beralih perihal karier, Izara bersyukur apabila rezekinya dalam dunia lakonan tidak pernah putus. Bahkan sejak tahun lalu, dia belum dapat berehat berikutan penggambaran filem serta drama yang bertali arus.
Tiga filem yang dibintanginya iaitu Pilot Cafe, Sinar dan Showdown the Movie akan menemui penonton tahun ini.
“Saya dimaklumkan, Pilot Cafe akan ditayangkan pada 30 April ini. Makin dekat tarikh tayangan, makin berdebar kerana ini kemunculan pertama saya sebagai heroin di layar perak.
“Ramai letak harapan tinggi terhadap filem ini dan sedikit sebanyak ia buat saya rasa tertekan, apatah lagi memikirkan bagaimana penerimaan penonton terhadap lakonan saya,” katanya.
Dia yang baru selesai penggambaran drama Mr London Miss Langkawi kini terikat dengan penggambaran filem Kau Yang Satu arahan Osman Ali.
Menerusi filem yang menjalani penggambaran sekitar Kuala Lumpur, Kuatan dan Tasmania ini, Izara bergandingan dengan Aaron Aziz dan Hisyam Hamid.
“Saya berbesar hati apabila mendapat kepercayaan Osman untuk tampil sebagai teraju utama filem ini. Ini karya keempat saya dengan Osman selepas Sejoli, Tollgate Asmara dan Pilot Cafe.
“Osman minta saya turunkan berat badan. Sebelum penggambaran, berat saya 54 kilogram dan setakat ini sudah turun lima kilogram dan Osman minta kurangkan lagi supaya nampak cantik dalam skrin. Saya sedang usahakan,” katanya.
Mengulas gandingannya dengan Zul Ariffin dalam Mr London Miss Langkawi, Izara berkata, dia selesa beraksi di samping aktor terkenal itu.
Baginya, Zul pelakon yang komited dan mereka boleh bekerjasama dengan baik sepanjang penggambaran.
“Dalam drama ini, saya melakonkan watak gadis kampung yang kasar. Zul pula melakonkan watak sepupu saya. Cara hidup kami sangat berbeza dan kerana itu berasa tidak selesa apabila mahu dijodohkan keluarga.
“Kami berkahwin tanpa rasa cinta dan untuk mengetahui bagaimana kesudahan hubungan dua watak ini, kenalah tonton apabila ditayangkan kelak.
“Insya-Allah, selesai Kau Yang Satu, saya akan masuk lokasi drama Uda dan Dara terbitan Global Station Sdn Bhd pula. Saya difahamkan, Zul pun akan jayakan drama ini dan saya tampil sebagai watak sampingan,” katanya.

-Hmetro

VIEWER

Powered by Blogger.

Popular Posts

Promotion(Click Here)