Bapa Potong Hidung, Telinga Kekasih Anak kerana ingin menjaga maruah Keluarga
ISLAMABAD: Seorang bapa memotong hidung dan kedua-dua telinga seorang lelaki yang didakwa kekasih anaknya.
Akhbar Nation melaporkan, bapa berkenaan bersama-sama dua rakannya menahan mangsa yang berasal dari kawasan Zahirpir ketika dia berjalan ke sebuah restoran.
Mereka kemudian menghret mangsa ke kawasan sunyi sebelum memotong hidung dan kedua-dua telinganya dengan pisau.
Polis yang menyiasat kejadian itu berkata, mangsa kini dirawat di hospital tempatan sementara ketiga-tiga suspek ditahan.
Si bapa berkenaan dikatakan bertindak demikian atas alasan menjaga maruah keluarganya kerana lelaki terbabit menjalinkan hubungan dengan anaknya.