Setakat ini, hanya 28 penumpang berjaya diselamatkan dalam insiden itu yang berlaku kira-kira 120 batu di selatan Pulai Lampedusa, Itali.
Pengawal pantai Itali memberitahu, kapal itu membawa penumpang antara 500 dan 700 penumpang.


Menurut laporan akhbar, bot yang sarat dengan penumpang itu karam selepas para penumpang beralih ke sebelah bahagian bot apabila sebuah kapal dagang lalu berhampirannya.
Minggu lepas, 400 pendatang yang ingin berhijrah diandaikan meninggal dunia selepas bot dua tingkat yang dinaiki mereka karam di kawasan yang hampir sama iaitu kira-kira 75 batu selatan Lampedusa. - AGENSI