Home » , , » Che Ta Sudah Malas Berlakon, Jual Minyak Wangi 5000 Jualan Dalam Masa seminggu

Che Ta Sudah Malas Berlakon, Jual Minyak Wangi 5000 Jualan Dalam Masa seminggu

Che Ta Sudah Malas Berlakon, Jual Minyak Wangi "5000 Jualan Dalam Masa Seminggu" Walaupun Belum Dilancarkan 


Pelakon dan pengacara jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta akui sudah malas berlakon kerana mahu memberi fokus kepada perniagaan.

Terbaru, isteri kepada Zain Saidin itu memberitahu sedang mengembangkan perniagaannya dan kini telah menghasilkan minyak wangi sendiri.

“Saya labelkan minyak wangi saya sebagai ‘Precious RCW’ dan setakat ini sambutannya sangat memberangsangkan.

“Dalam masa sama, saya terkejut juga sebab belum dilancarkan, 5,000 botol sudah habis dijual selepas seminggu saya jual di Instagram (IG).

“Insyaallah pada Mei ini minyak wangi saya akan dilancarkan. Sekarang ni masih menunggu stok baru sampai,” katanya kepada Astro Gempak.

Wangian terbarunya itu menggabungkan wangian ros dan vanilla serta dijual dengan harga serendah RM29.90 sahaja.

Tambah Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta itu lagi, perniagaan tudungnya juga semakin baik dan sedang menghasilkan rekaan terbaru sempena Aidilfitri ini.

Selain itu katanya, dia juga sedang sibuk menguruskan syarikat produksinya sendiri, Padusi Production dan kekangan masa menyebabkan dia semakin malas untuk berlakon.

“Jujur saya katakan, saya sudah malas mahu berlakon. Malas bukan bermaksud meninggalkan dunia lakonan seperti yang dilaporkan sebuah akhbar baru-baru ini.

“Saya terkilan dengan berita tersebut kerana saya tidak cakap mahu berhenti…Antara malas dan berhenti banyak bezanya,” tegas Che Ta.

Membetulkan kenyataan tersebut, menurut Che Ta dia masih menerima tawaran berlakon tetap tidak sekerap seperti dulu.
Bagaimanapun, Che Ta akui dia kini bersikap lebih memilih dan hanya mahu berlakon dengan produksi miliknya sendiri iaitu Padusi Productions.
"Betul saya lebih memilih sekarang. Penat berlakon dari pagi sampai ke pagi. Jadi saya terpaksa memilih tawaran dan produksi.

“Lagipun lakonan bukan sesuatu yang saya suka. Dahulu saya berlakon kerana kebetulan tawaran datang dengan banyak dan ketika itu saya tidak ada apa-apa hendak dibuat.

"Sekarang saya ada banyak benda nak buat dan saya semakin seronok menerbitkan program sendiri, selain sibuk dengan perniagaan online.

“Selepas ini kalau ada tawaran berlakon pun, kalau dari Zeel Production saya tidak akan tolak kerana mereka sudah seperti keluarga saya sendiri,” jawabnya mesra.

Che Ta ditemui ketika majlis pelancaran program terbaru terbitannya ‘Aku Yang Masak, Kau Yang Panas’ di Talent Lounge, Damansara Perdana pada Rabu lepas.

VIEWER

Powered by Blogger.

Popular Posts

Promotion(Click Here)