MESTI TAHU!! Ini Reaksi Ibu Zizan Tentang Bakal Isteri Zizan
Tahun 2015 nampaknya bukanlah tahun bertuah buat Zizan Razak. Belum lagi reda kes putus cinta antara Zizan Razak dan Emma Maembong, kecoh pulak kontroversi-kontroversi panas, di samping gosip yang menyatakan pelawak dan pelakon ini bakal berkahwin dengan gadis sekampungnya pada Jun akan datang. Menurut laporan sebelum ini, gadis tersebut adalah pilihan kedua orang tua Zizan yang katanya cukup berkenan dengan gadis itu, malah kata Zizan lagi, berita mengenai perkahwinan yang bakal berlangsung pada Jun ini sebenarnya hanya khabar angin saja.
"Saya tidak cakap pun bakal berkahwin pada bulan Jun, tetapi ya saya akan menamatkan zaman bujang saya dengan si dia,"jawabnya ringkas dan akui baru 2 bulan mengenali gadis yang berusia 24 tahun itu.
"Mula-mula kami kawan biasa tetapi lama-lama terpaut pula pada si dia dan saya terus bawa si dia jumpa ibu. Lebih memeranjatkan ibu terus 'approved' bila saya tanya si dia itu sesuai atau tidak untuk dibuat menantu. Begitu juga dengan abah saya yang terus kata OK dan dia berkenan. Selepas mendapat restu kedua orang tua, saya rasa tak perlulah tunggu lagi," katanya ketika dihubungi oleh sebuah portal hiburan Astro Gempak.
Zizan juga akui walaupun baru mengenali gadis itu tapi dia juga menyerahkan jodohnya kepada Tuhan, dan apabila ditanya tentang apa yang keistimewaan gadis ini, Zizan menjawab,
"Dia hormat pada ibu dan abah saya. Dia juga seorang gadis cantik yang sangat tenang. Senyuman manis dia juga sentiasa mencairkan hati saya," ujarnya.
Namun, rata-rata peminat dan natizens memberikan reaksi berbeza hingga ada yang kurang senang dengan cara Zizan mendapat pengganti yang baru, kononya ingin menutup isu kontroversi pelawak kasanova yang masih hangat diperkatakan itu. Walaubagaimanapun, ada juga peminat yang masih lagi menyokong dan memberi semangat untuk Zizan meneruskan apa saja keputusannya tanpa menghiraukan komen-komen negatif atau haters yang sering mencari kesalahannya.