KISAH VIDEO!! 50% Didominsai Warga Asing,Rakyat Malaysia Sendiri Tidak Tenteram Kerana Sikap Pengotor
PETALING JAYA: Kehadiran begitu ramai warga asing di kawasan perumahan flat serta pangsapuri kos rendah dan sederhana menimbulan pelbagai masalah dan ketidakselesaan kepada penduduk tempatan.
Mereka merunggut kerana warga asing ini bukan sahaja menganggu ketenteraman awam malah segelintir mereka tidak mempunyai kesedaran sivik terutama melibatkan kebersihan.
Tinjauan Free Malaysia Today (FMT) di beberapa pangsapuri di sekitar Petaling Jaya mendapati ia dimonopoli oleh warga asing dari benua Afrika, Sri Lanka, Vietnam, Myanmar dan Pakistan.
Pangsapuri Mentari Court menjadi fokus utama tinjauan FMT kerana di situ terkenal sebagai kawasan panas disebabkan kebanjiran warga asing.
Wartawan FMT menemubual Pengurus Keselamatan Mentari Court, Ismail Mohamad Shohor, 61, yang berkongsi pengalaman bertugas di situ.
Beliau berkata, masalah utama di kawasan itu ialah sikap pengotor warga asing yang suka membuang sampah di merata tempat.
“Mereka gemar membuang sampah dari tingkat atas menyebabkan cermin kereta pecah dan pernah juga terkena orang lalu lalang sehingga cedera,” katanya.
Ismail berkata, tabiat buruk warga asing ini yang sama sekali tidak boleh diterima ialah suka membuang air besar dan kencing di merata tempat.
“Tabiat menjijikkan ini biasanya berlaku apabila mereka mabuk dan tidak sempat tiba di rumah,” katanya sambil menambah tempat-tempat menjadi pilihan warga asing untuk ‘melepaskan hajat’ seperti di tangga, kolam renang, kawasan taman dan di kawasan-kawasan gelap.
Ismail juga berkata, penduduk tempatan di kawasan itu kurang selesa menggunakan kolam renang kerana bimbang dijangkiti penyakit bawaan warga asing.
Sementara itu, penduduk tempatan yang ditemui FMT menyuarakan kebimbangan dan ketidakselesaan dengan kebanjiran warga asing di kawasan perumahan mereka.
Zulia Mohamad Nor, 30, berkata sikap pengotor, bising dan tingkah laku yang mencurigakan menyebabkan dia tidak selesa dan sering bimbang keselamatan dirinya.
“Warga Myanmar gemar makan sirih dan suka meludah merata-rata tempat. Kalau ada tanda merah, itu memang kerja mereka,” katanya.
Dia berkata, warga Afrika pula sering berkelakuan tidak sopan dan suka bercakap kuat yang mengganggu ketenteraman orang lain..
Alexia Lia, 30-an, pula menceritakan pengalamannya yang menakutkan apabila unit sebelah rumahnya yang disewa oleh ‘Awang Hitam’ diserbu polis kerana terlibat dengan ganja.
“Setiap kali melintas di depan rumah berkenaan, saya menghidu bau seakan-akan rokok. Selepas diserbu dan semua ditangkap, tekaan saya betul mereka terlibat ganja,” katanya.
Ditinjauan seterusnya di Pangsapuri Flora Damansara yang turut berdepan masalah disebabkan kehadiran terlalu ramai warga asing.
Masalah sama dibangkitkan penduduk tempatan iaitu sikap pengotor warga asing dan suka membuang sampah merata-rata terutama warga Myanmar dan Vietnam.
Pengerusi Blok A dan B, Mohd Ali Jinnah berkata, tabiat buruk warga asing menjadi punca kawasan itu mencatat kes denggi yang tinggi.
Dia berkata, kehadiran warga Afrika pula menakutkan penduduk tempatan terutama kaum wanita yang bimbang menjadi mangsa jenayah seksual.
Mohd Ali berkata, kira-kira 50 peratus rumah di kawasan itu di situ disewa oleh warga asing.
Dia berkata, sewa yang tinggi mendorong pemilik rumah lebih berminat menyewakan kepada warga asing tanpa memikirkan kesannya kepada penduduk tempatan lain.
Dia menggesa pihak berkuasa, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan ahli politik mengambil berat perkara ini kerana ini merupakan masalah sosial yang ditanggung oleh masyarakat bandar.
“Kesianlah rakyat tempatan yang merasa tidak selamat di negara sendiri sedangkan warga asing bebas membuat sesuka hati dan semakin berani.
“Sepatutnya sebagai orang luar, mereka merasa takut dengan orang tempatan tetapi berlaku sebaliknya,” katanya.
FMT juga membuat tinjauan di beberapa kawasan perumahan lain dan membuat kesimpulan masalah ditimbulkan warga asing melibatkan isu kebersihan, menganggu ketenteraman awam kerana sering membuat bising, jenayah dan masalah sosial lain seperti mabuk dan pergaulan bebas.