MENANGIS!! LUAHAN HATI ISTERI LELAKI MATI DIBELASAH KERANA DITUDUH MENCURI LEMBU 'Buat Suami Tersayang'
KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki maut setelah dibelasah dengan teruk kerana dituduh mencuri lembu tanpa sebarang usul periksa dan kini tuan empunya lembu pula bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.
Difahamkan, kejadian itu berlaku di Kampung Pengkalan Maras, pada Sabtu, 11 April jam 7.30 malam itu, mangsa, Amir, 28, didakwa cuba melarikan lembu milik seorang lelaki. Perbuatannya itu dilihat oleh penduduk kampung lalu membelasahnya sehingga tidak sedarkan diri.
Mangsa mengalami pendarahan yang teruk di bahagian kepala selain patah tangan.
Mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan kecemasan, bagaimanapun mangsa meninggal setelah koma selama tiga hari.
Susulan dari kejadian itu, polis menahan lima orang penduduk kampung yang terlibat dalam membelasah mangsa.
Lima individu terbabit kini ditahan reman mulai Selasa sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Baca pendedahan individu yang dipercayai rakan mangsa:
"Untuk pengetahuan semua, cerita sebenarnya arwah ini tak mencuri pun. Dia bagi makan lembu-lembu yang dia jaga termasuk dengan lembu yang dikatakan arwah ini curi.
"Kes ini sebenarnya salah faham tetapi disebabkan kerakusan manusia nak buat hukuman sendiri, inilah padahnya. Buat tuduhan tanpa usul periksa dulu. Tak pasal-pasal meninggal dipukulnya.
"Dengar-dengar cerita, tuan lembu yang dikatakan hilang itu dah ditangkap. Apa-apa pun jadikanlah iktibar buat kita semua. Jangan buat keputusan, jangan tuduh melulu tanpa usul periksa. Al-fatihah buat arwah Amir," katanya.
Luahan hati isteri mangsa:
"Selamat hari lahir yang ke 29 buat suami tersayang (Amir) dan selamat kembali ke rahmatullah pada 14 April 8.30 malam. Semoga berada di kalangan orang yang beriman.
"Selama perkenalan kita 7 tahun, Ummi happy dan bahagia sangat dengan Abie. Terima kasih jaga Ummi dengan Fina selama ini walaupun perkahwinan kita baru dua tahun. Tuhan lagi sayangkan Abie. Ummi redha dengan ketentuanNya.
"Ummie bagi hadiah untuk Abie, anak nombor dua untuk Abie dan Afina. Insya Allah Ummi jaga Afina dan adik sebaik (mungkin) supaya jadi anak solehah dan soleh walau tanpa Abie di sisi.
"Ummi kena kuat untuk anak-anak kita. Terima kasih sebab ajarkan Ummi untuk kuat macam sekarang ni. Buat yang mengenali Amir, tolong maafkan dan halalkan segala-galanya. Al-fatihah," luah isterinya yang ternyata sedih dengan pemergian suami yang tercinta.
Sayu melihat wajah si kecil yang terpaksa melalui alam dewasanya tanpa kehadiran bapanya. Lebih bertambah sayu apabila mengetahui isteri mangsa mengandung anak yang kedua.
Inilah akibatnya jika orang ramai mengambil tindakan sendiri yang dipengaruhi emosi dan syaitan. Negara ini ada undang-undang, usah ambil tindakan sendiri. Kerana seekor lembu, kini pemiliknya pula bakal disumbat dalam penjara.