Senarai Tangga Gaji Ahli Parlimen Malaysia Naik 2015 Yang Pasti Mengejutkan Anda
Senarai terkini tangga gaji bulanan Ahli Parlimen Malaysia naik mulai April 2015. Berita kenaikan gaji ahli parlimen Malaysia telah disahkan dan diluluskan oleh dewan rakyat berkuatkuasa mulai 10 April 2015. Difahamkan, kenaikan gaji sebanyak 40 peratus itu bertujuan bagi menampung kos sara hidup terkini, perbelanjaan keraian, gaji pemandu, perjalanan dan bil telefon bimbit serta bebanan tugas yang bertambah berat. Berikut adalah tangga gaji ahli parlimen Malaysia sebelum dan selepas kenaikan.
Gaji Ahli Parlimen Malaysia Naik Mulai 10 April 2015
- Anggota Dewan Rakyat – RM11,000 > RM16,000
- Anggota Dewan Negara – RM7,000 > RM11,000
- Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat – RM16,000 > RM22,000
- Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat – RM20,000 > RM31,000
Punca Kenaikan Gaji Ahli Parlimen Malaysia 2015
- Beban tugas dan keperluan kewangan wakil rakyat dalam menjalan tugas
- Tugas-tugas ahli parlimen bertambah berat
- Rakyat menganggap wakil rakyat sebagai tempat memohon bantuan kewangan
- Kenaikan kos sara hidup yang mencabar, bayar gaji pemandu/ pembantu, kos perjalanan dan bil telefon bimbit.
Sumber:melvister