Home » , , » Shaheizy Sam Bakal Kahwin Syatilla Melvin Dalam Masa Terdekat?

Shaheizy Sam Bakal Kahwin Syatilla Melvin Dalam Masa Terdekat?

Shaheizy Sam Bakal Kahwin Syatilla Melvin Dalam Masa Terdekat?


Pelakon Shaheizy Sam akui tidak berniat untuk merahsiakan hubungannya dengan pelakon dan model cantik, Syatilla Melvin.

Penerima Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2014 (ABPBH) itu berkata, dia mengenali Syatilla sejak enam tahun yang lalu.

“Memang Syatilla wanita paling rapat dalam hidup saya sekarang. Bukan niat saya untuk merahsiakan hubungan kami, tetapi saya lebih selesa kami berkawan dahulu.

“Apa yang boleh saya katakana, Syatilla seorang wanita yang menyenangkan. Dia seorang yang sempoi, dengan sesiapa pun dia boleh ‘masuk’.

“Dia jenis yang ajak minum dekat kedai mamak pun tak kisah,” katanya kepada Astro Gempak.

Namun ketika ditanya, adakah Syatilla merupakan wanita yang bakal menjadi suri hidupnya, pelakon kacak ini tersenyum malu.

“Saya dapat merasakan jodoh saya dah dekat. Doakan yang terbaik. Jemputan akan diberikan selepas semuanya ‘comfirm’.

"Buat masa ini, biarlah saya simpan dahulu siapa wanita yang bakal saya kahwini itu,” katanya ketawa. 

Sam ditemui ketika penggambaran belakang tabir Polis EVO di Studio 16, Sunway Damansara pada petang Selasa.

Dalam pada itu, Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 33, akui terkilan apabila pernah dituduh kaki perempuan atau ‘playboy’ kerana kerap dikaitkan dengan beberapa artis wanita sebelum ini.

“Mula-mula dahulu sedih dan agak tertekan juga bila orang kata saya playboy. Tapi, saya positifkan diri sebab mulut orang kita memang tak boleh tutup.

“Contohnya ketika dikaitkan dengan Yana Samsuddin dan Fazura, saya lebih selesa mendiamkan diri kerana kalau saya cakap benda yang betul pun belum tentu orang percaya,” ujarnya mengakhiri perbualan.

sumber:astrogempak


VIEWER

Powered by Blogger.

Popular Posts

Promotion(Click Here)