Home » , , , » Wanita Malaysia Berlakon Drama Korea Bersama Lee Min Ho

Wanita Malaysia Berlakon Drama Korea Bersama Lee Min Ho

Wanita Malaysia Menjadi Heroin Drama Korea Bersama Lee Min Ho Dalam Penggambaran Drama Terbaru Yang Cun Melecun



Beberapa hari lalu heboh dalam kalangan peminat K-pop mengenai gosip seorang pelakon wanita popular Malaysia dilamar produksi dari Korea Selatan untuk sebuah projek mega.
Lebih hangat, aktres itu dikatakan akan digandingkan dengan salah seorang pelakon terkenal negara Kimchi itu.
Teka-teki mengenai siapa gerangan pelakon wanita itu akhirnya terjawab dan gadis bertuah yang dimaksudkan ialah Emily Chan atau nama sebenarnya Chan Zi Ying.
Berusia 23 tahun, biarpun nama Emily masih belum dikenali dikalangan peminat tempatan tetapi artis naungan MIG ini pernah muncul menerusi filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya? dan Kaki Kitai.
Sementara itu, Emily telah pun berangkat ke Seoul, Korea kelmarin untuk sesi pra-produksi dan sekaligus bertemu dengan 'heronya' yang kini masih lagi menjadi rahsia.
Beberapa jam sebelum berangkat, Emily ada menulis di laman Instagram miliknya berkongsi rasa teruja dan tidak sabar untuk bertemu dengan 'heronya'.
Menerusi komen-komen pengikutnya, ramai membuat spekulasi dia akan berlakon bersama pelakon sensasi pujaan ramai masa kini, Lee Min Ho.
Ya, heroinnya sudah diketahui. Namun persoalan yang masih lagi menjadi tanda tanya, siapakah pelakon lelaki Korea itu? Rasa-rasanya, siapa?
Sementara itu, pagi ini Emily ada memuat naik sekeping gambar di laman Instagram menunjukkan dia sedang menikmati sarapan pagi dengan menu makanan Korea sebelum memulakan penggambaran hari ini.
..


VIEWER

Powered by Blogger.

Popular Posts

Promotion(Click Here)