Home » , , » 6 Rahsia Tabiat Kecantikan Yang Anda Tidak Perasan Dalam Drama Korea

6 Rahsia Tabiat Kecantikan Yang Anda Tidak Perasan Dalam Drama Korea

6 Rahsia Tabiat Kecantikan Yang Anda Tidak Perasan Dalam Drama Korea,orang malaysia jarang amalkan


Kalau anda menonton drama Korea, pasti anda cemburukan kulit wanita Korea yang cantik dan bersih.
Sebenarnya, tips-tips kecantikan mereka, sering ditunjukkan di dalam drama, tetapi mungkin kita sendiri tidak perasan.
Apa lagi, sambil-sambil menonton drama Korea kegemaran anda, bolehlah anda amalkan tabiat kecantikan ini untuk tampil cantik bak wanita Korea!

1. Makan buah-buahan (oren)

tumblr_n0xmvwvfZ51rpyw6wo5_r1_250
Ya, ia sangat bagus untuk anti – penuaan. Dalam drama My Love From Another Star, menunjukkan watak Cheon Song Yi yang sentiasa mengamalkan buah oren untuk awet muda.
Makan oren bukan sahaja sangat baik untuk anti – penuaan, Vitamin C dan tahap antioksidan yang tinggi membantu untuk mengurangkan kerosakan pada kulit anda. Jadi makan buah oren atau ambil Vitamin C untuk mengurangkan kedutan kulit.

2. Hidrat

heirs5-00009
Menghidratkan diri anda dengan air mungkin salah satu tabiat yang terbaik anda boleh amalkan untuk mempunyai kulit yang baik dan menjaga kesihatan anda. Seperti Park Shin Hye dalam satu babak drama Heirs, dia mengamalkan air kosong untuk menghidratkan dirinya .
Anda tidak boleh menafikan bahawa PSH mempunyai kulit yang cantik. Malah dalam kehidupan sebenar juga PSH telah mendedahkan bahawa rahsia untuk kulit cantik adalah bersenam, sentiasa senyum dan minum banyak air .

3. Topeng muka

tumblr_n0xmvwvfZ51rpyw6wo2_250
Dalam drama My Love From Another Star, Cheon Song Yi ada menunjukkan cara penggunaan topeng muka dan mencari jenis yang sesuai untuk kulit anda. Malah, selebriti dari timur dan barat yang mempunyai kulit yang cantik seperti Cate Blanchett dan Fan Bing Bing juga menggunakan topeng muka sebagai rutin kecantikan harian mereka.
Guys , topeng muka bukan hanya untuk wanita sahaja, lelaki juga boleh mengamalkannya. Jika anda ingat lagi dalam drama When a Man Loves, Song Sueng Heon juga turut mengamalkan pemakaian topeng muka.

5. Rambut diikat ke belakang, Jauh dari muka

production-on-the-south-korean-drama-goddess-of-fire-jung-yi-had-to-be-halted-last-week-after-the-shows-star-moon-geun-young-was-injured-by-falling-film-equipment-wednesday-at-the-height

Dalam drama diraja Korea, kita dapat melihat dimana kebanyakan wanita mengikat rambut atau menjauhkan rambut dari wajah. Ini kerana rambut mampu menjadi penyebab pertumbuhan jerawat jika terkena pada muka. Jerawat boleh berlaku disebabkan oleh produk minyak rambut yang anda gunakan.

6. Sauna/Stim

LTM13avi_002168635
Rawatan spa adalah perkara biasa dalam drama Korea kerana ianya rutin kecantikan dan kesihatan di Korea. Bukan itu sahaja, sebagai contoh dalam drama Lie to Me, seisi keluarga bersama-sama duduk dalam bilik sauna sambil berbual-bual.
Bukan sahaja untuk memanjakan diri dan bersantai , malah sauna dan bilik wap mempunyai manfaat kesihatan dan baik untuk kulit anda. Selain itu ia meningkatkan degupan jantung dan melembutkan kulit seperti membuka liang-liang serta melancarkan peredaran darah. Stim juga membantu untuk membersihkan kekotoran dari kulit dan membantu untuk membasmi bintik hitam.

7. Tidur atas kain sutera atau satin

OX87NZ53
Tidur atas kain sutera (atau satin) sarung bantal dan katil lembaran sutera adalah sangat bermanfaat untuk kulit anda serta rambut. Anda mesti perasan dalam drama diraja Korea, Saeguks, alas tidur mereka adalah dari sutera.
Bukan sahaja ia simbol status, ia juga memberikan keajaiban pada kulit dan rambut anda! Silk mengandungi protein semula jadi dan 18 asid amino penting yang membantu menjaga kulit untuk muda dan cantik.
Sumber: Dramafever.com

VIEWER

Powered by Blogger.

Popular Posts

Promotion(Click Here)