Bayi Dibuang dan Dikerat 15 Bahagian Di Johor
Johor Bahru- Kejam itu yang boleh kami katakan seorang mayat
bayi dijumpai oleh kontraktor kumbahan pada jam 10.30 pagi. Mayat dijumpai
dalam keadaan menyayat hati dengan dipotong 15 bahagian dan tanpa kepala.
Semasa kejadian kontraktor kumbahan menjalankan ruting harian
kerjanya mengambil sampah di perangkap sampah loji tersebut. Ketika mengambil
sampah kontraktor terkejut apabila menjumpai beberapa bahagian anggota badan
bayi yang terperangkap di dalam sampah Beberapa anggota badan mayat bayi
dikumpulkan dan di basuh, tetapi malangnya kepala mayat bayi tersebut masih
belum dijumpai. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara,
Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata,
pihaknya menerima maklumat melalui penyelia syarikat kontraktor tersebut
berkenaan mayat bayi yang dipotong beberapa bahagian tanpa
kepala.
Menurut pihaknya lagi mereka kini giat menjalankan siasatan
untuk mengenal pasti wanita yang baru melahirkan anak di kawasan perumahan itu
serta klinik berdekatan