Cerita Sebenar Dibongkar Tentang Pontianak Terbang Di Lebuhraya Plus
KECOH sehari dua ini apabila gambar didakwa pontianak sedang terbang di sebatang lebuhraya giat dikongsikan di laman sosial dan aplikasi mesej Whatsapp.
Gambar menyeramkan tersebut menunjukkan kelibat hantu atau pontianak yang kelihatan terapung di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sebelum memasuki Terowong Menora pada waktu siang hari.
Jika dilihat dengan teliti gambar tersebut, objek didakwa pontianak itu seakan tengah melintas di kawasan tersebut.
Jom lihat dengan lebih dekat sedikit.
Pergh, meremang bulu roma! Macam manalah agaknya perasaan pemandu yang ternampak benda macam ini sejurus sebelum memasuki terowong ya..
Untuk pengetahuan anda, lebuhraya sebelum memasuki Terowong Menora sememangnya sering dikaitkan dengan pelbagai kisah gangguan misteri dan seram. Antaranya kami pasti anda pernah dengar cerita Wolksvagen kuning tanpa pemandu kan?
Tapi tunggu jap.. jangan terlalu cepat buat spekulasi!
Setelah melakukan kajian sendiri, penulis berpendapat gambar viral itu sebenarnya hanyalah ‘imej seram’ yang sama ada sengaja mahupun tidak, telah diada-adakan.
Kelibat yang dikatakan pontianak itu rasanya tak lain tak bukan.. cuma tahi burung di cermin kereta saja.
Tak percaya? Cuba lihat objek ‘misteri’ lain yang dicetuskan oleh tahi burung bertempek-tempek pada cermin kereta di bawah ini.
Jadi, kesimpulan yang dapat dirumuskan ialah rajin-rajinlah cuci kereta anda sekiranya sudah terlalu kotor, agar tiada lagi berita penampakan makhluk misteri yang lain pula.
Apa-apa pun, tak dapat dinafikan makhluk halus sememangnya wujud malah ia adalah satu realiti yang wajib diyakini oleh umat Islam.
– MYNEWSHUB.CC