Foto Anak Yoo Jae Suk Cetus Kemarahan Peminat
Foto anak kepada pengacara terkenal Korea, Yoo Jae Suk yang didedahkan oleh majalah ‘Woman Sense’ baru-baru ini telah menimbulkan kemarahan peminatnya.
Dalam foto itu menunjukkan isterinya, Na Kyung Eun membawa anak lelaki kesayangan mereka, Yoo Ji Ho berjalan-jalan dan berkelah di sekitar Tasik Han sempena menyambut hari kanak-kanak.
Bagaimanapun, peminat Yoo Jae Suk membantah tindakan majalah itu yang mendedahkan keluarga figura popular tersebut.
Ini berikutan kerana, Yoo Jae Suk sebelum ini pernah membuat kenyataan tidak mahu kehidupan peribadinya diusik dan disebabkan itu jugalah foto pertama tersebut telah menjadi isu di Korea.
Rata-rata peminat Jae Suk memberikan komen tidak puas hati mengenai hal tersebut dan mempersoalkan tindakan majalah berkenaan.
Berikut merupakan antara beberapa komen yang diberikan kepada majalah tersebut:
“Tindakan paparazzi seperti ini adalah tidak baik, bukankah Jae Suk sebelum ini telah menegaskan tidak mahu kehidupan peribadinya diganggu?”
“Yoo Jae Suk mahukan anaknya menjalani kehidupan biasa seperti kanak-kanak yang lain! ‘Just leave them alone!”