Jodoh Heliza Helmi Digosip Dengan Pensyarah
Setelah agak lama tidak disapa gosip, ketika ini dikatakan Heliza Helmi sedang menjalinkan hubungan cinta bersama seorang pensyarah namun dirinya menafikan perkara tersebut malah turut terkejut dengan khabar angin yang tersebar itu.
“Saya memang terkejut dengan gosip yang tidak berasas itu. Dari mana mereka dapat cerita saya bercinta dengan pensyarah itu? Gosip itu tidak benar sama sekali. Terus terang, agenda saya sangat padat dengan aktiviti dan program dan saya tidak ada masa pun baca gosip di laman sosial”
“Justeru, saya berharap agar gosip dihentikan dengan segera kerana ia tidak benar. Saya tidak merasa tekanan soal jodoh kerana keluarga cukup memahami perkara itu. Kakak saya pun belum berkahwin lagi”
“Apa pun, saya juga berdoa kepada Allah semoga dipertemukan dengan jodoh yang baik nanti,” jelasnya kepada Harian Metro. Sebelum ini Heliza pernah dikaitkan dengan penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun. (rotikaya/s)