Kemalangan DUKE dua Pesalah telah diketahui Dan akan didakwa
Beberapa hari lalu seluruh Malaysia kecoh membicarakan berkenaan kemalangan di DUKE yang meragut tiga nyawa termasuk bayi berusia enam bulan.
Menurut laporan myMetro, dua orang pemandu yang bertanggungjawab dalam kemalangan tersebut akan didakwa di Mahkamah Trafik Jalan Duta esok.
Perkara ini telah disahkan oleh Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abd Latiff kepada akhbar berkenaan.
Dua orang pemandu berkenaan adalah seorang lelaki berumur 31 tahun dan seorang wanita berumur 35 tahun bakal dihadapkan ke mahkamah pada pagi esok.
Dalam kemalangan di lebuhraya DUKE pada jam 1.05 pagi Sabtu lalu sepasang suami isteri, Fairuz Nizam Husain, 35 dan isterinya Nova Safitri Azhari, 27 serta bayi mereka, Nur Firuza Annisa berusia enam bulan disahkan meninggal dunia di di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Dua orang pemandu tersebut dan saksi utama serta 8 orang lain telah membuat keterangan berkenaan kejadian.
berdasar berita lalu
Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nazri Hussain berkata, pihaknya dalam proses meneliti rakaman CCTV tersebut bagi memastikan kesahihannya selain memanggil pihak yang menyebarkannya untuk membantu siasatan.
“Jika benar CCTV itu, kita akan berusaha mengesan dua lagi pemandu tersebut dengan apa cara sekali pun.
“Video itu mula tersebar dan menjadi viral hari ini di beberapa laman sosial seperti Facebook serta beberapa blog,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Nazri memberitahu, enam pemandu Perodua Myvi termasuk dua yang ditahan semasa kejadian telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan.
“Kita telah merekodkan 11 keterangan daripada saksi termasuk enam pemandu Perodua Myvi tersebut. Kenderaan yang terlibat telah dihantar untuk pemeriksaan.
“Hasil ujian air kencing yang dijalankan mendapati mereka bebas daripada sebarang pengaruh dadah dan alkohol. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Menurut Nazri, pihaknya sedang menyiapkan kertas siasatan sebelum menghantar kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Dalam pada itu, turut menjadi viral di laman sosial ialah dakwaan mengenai salah seorang pemilik wanita kereta Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan maut tersebut mempunyai 11 saman trafik tertunggak berjumlah RM1,930.