Misteri Lelaki Bogel Maut Digilis ERL Berdekatan Bandar Tasik Selatan, Penemuan Tiket Kereta Api Di Tangan Mangsa
Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan apabila digilis kereta api berdekatan Bandar Tasik Selatan.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata mangsa dipercayai mati akibat dilanggar kereta api milik Express Rail Link Sdn. Bhd. (ERL) yang merupakan pengendali perkhidmatan kereta api laju antara KL Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Beliau berkata mangsa dipercayai dilanggar oleh ERL yang menghala ke KL Sentral kira-kira jam 9.30 malam semalam.
Menurutnya, keterangan daripada pemandu ERL mendapati dia mengaku terlanggar sesuatu kira-kira jam 8.20 malam.
“Pemeriksaan di tempat kejadian pagi ini mendapati mayat seorang lelaki di landasan kereta api dalam keadaan tiada kepala.
“Mangsa cedera teruk di bahagian anggota badan akibat digilis kereta api,” katanya.
“Mangsa cedera teruk di bahagian anggota badan akibat digilis kereta api,” katanya.
Chong berkata, pemeriksaan di kawasan kejadian menemui kepala mangsa di longkang berhampiran landasan.
Katanya, mangsa dipercayai penumpang ERL susulan penemuan sekeping tiket kereta api di tangan mangsa.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas punca kejadian dan menunggu hasil bedah siasat daripada pihak hospital.
- The Rakyat Post