Home » , , » NAHAS DUKE: Juruteknik Komputer Polis Dikatakan Pegawai Polis 'Orang Dalam' Beri Keterangan

NAHAS DUKE: Juruteknik Komputer Polis Dikatakan Pegawai Polis 'Orang Dalam' Beri Keterangan

NAHAS DUKE: Juruteknik Komputer Polis Dikatakan Pegawai Polis 'Orang Dalam' Beri Keterangan 



Nampaknya kes melibatkan kemalangan di atas Lebuhraya DUKE yang mengorbankan tiga nyawa termasuk seorang bayi enam bulan baru-baru ini telah timbul pelbagai spekulasi dan khabar angin yang sengaja direka-reka.

Kerana rekaan-rekaan yang disebarkan ini telah menyebabkan orang yang tidak bersalah terlibat dan memberi impak yang amat mendalam kepada hidup mereka.

Seorang lelaki yang gambarnya telah banyak disebarkan dilaman sosial kononnya dia terlibat sebagai 'orang dalam' untuk menutup kes melibatkan kemalangan ahli Familia Myvi Club(FMC) yang digembar gemburkan oleh orang ramai telah tampil kepada kami menafikan perkara tersebut.

Hafiz Syaqir Bin Mahazer sebelum ini dituduh sebagai abang ipar Yana FMC dan dia menafikan perkara tersebut dan dia mengakui merupakan abang ipar kepada Fizal Reza yang juga merupakan ahli FMC.
Gambar yang disebar individu tidak bertanggungjawab

Ramai orang menyebarkan berita sebelum ini dia adalah seorang polis tapi sebenarnya dia hanya bekerja sebagai Juruteknik Komputer di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman tetapi bukan sebagai seorang anggota.

Beliau yang baru bekerja selama tiga bulan begitu risau nasibnya dalam kerja baru itu apabila ada pihak yang cuba membabitkannya dalam hal ini.
Laporan polis telah diuat

" Saya tidak memihak kepada sesiapa, saya sokang jika benar adik ipar saya (Fizal Reza) salah biar undang-undang yang menentukannya saya tidak menghalang undang-undang untuk jatuhkan hukuman terhadapnya sebab saya pun rakyat malaysia yang patuh kepada undang-undang."

"Sekarang saya berada dalam keadaan yang amat-amat tertekan kerana penyebaran gambar tersebut dan tujuan saya tampil adalah untuk mempertahan keluarga saya apabila adik perempuan saya, mak dan ayah telah dikeji oleh orang sekeliling."

Yang paling teruk ada orang telah menghantar ugutan bunuh terhadap saya dan keluarga"ceritanya.

Menurut Hafiz, terbaru isterinya menjumpai gambar motosikal yang selalu digunakan oleh beliau telah disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di dalam sebuah page Facebook dan keadaan ini membuatkan keadaan menjadi lebih buruk.

Kepada orang ramai diminta supaya menghentikan spekulasi yang tidak pasti kerana tindakan tersebut telah menyebabkan orang tidak bersalah menjadi mangsa. 

VIEWER

Powered by Blogger.

Popular Posts

Promotion(Click Here)