Home » , » Tahukah Anda!! Rahsia Emas Dalam Tiap Handfone Terpakai

Tahukah Anda!! Rahsia Emas Dalam Tiap Handfone Terpakai

Tahukah Anda!! Rahsia Emas Dalam Tiap Handfone Terpakai


Percayakah anda jika dikatakan dalam handphone yang korang guna tu ada logam bernilai bernama emas?  Ya emas tulen dan bukan logam bersadur warna emas semata.  Timbalan Pengarah Urusan TES-AMM (Malaysia) Sdn Bhd, John Ashok berkata, bod litar elektronik atau bahasa kampungnya Printed Circuit Board (PCB) yang terkandung dalam housing handset masing-masing tu sebenarnya mengandungi sedikit kandungan emas di dalamnya.
imagekredit gambar untuk The Star…
Antara logam lain yang boleh dijumpai ialah perak, kuprum, palladium dan platinum.  Semuanya memang bernilai dan menjadi dambaan para pencuri profesional di seluruh Malaysia.  Lepas ni kalau diorang dapat tahu, komfem dah tak curi kabel engan TM dah.  Tukar trend curi handset pulak.  Tapi, lebih kurang 60 000 buah handset diperlukan untuk mengekstrak 1 kilogram emas dengan ketulenan setinggi 99.99%!  Manalah larat pencuri tadi nak dapat banyak tu.  Dengan timbulnya fakta ini, ia akan menyebabkan mereka akan mengekalkan kerjaya sebagai seorang pencuri kabel profesional seperti sediakala.
Syarikat tadi merupakan sebuah syarikat yang mengitar semula barangan elektrik dan elektronik yang dah rosak dan dalam setahun hampir 510 tan e-sampah yang telah dikitar semula.  Adakah korang pernah mengitar handset baling anjing yang pernah digunakan dulu?  Saya pun tak pernah dan masih lagi tersimpan kat rumah untuk dijadikan artifak muzium.hehe..
Sebenarnya, budaya mengitar semula memang terlalu kurang di negara kita.  Paling kuat pun, masyarakat kita hanya mengitar semula kertas surat khabar sahaja.  Jika di negara Korea dan Jepun, budaya ini amat sinonim dengan mereka dan mengitar semula barang elektronik bukan sesuatu yang janggal di sana.  Semuanya adalah dipengaruhi oleh mentaliti dan mentaliti manusia bukan sesuatu yang mudah untuk diubah.  Negara yang ada prasarana kelas pertama pun belum tentu membuktikan yang rakyat negaranya mempunyai minda kelas pertama. Tapi lebih baik ada daripada tak buat apa-apa langsung kan?
Untuk pengetahuan, proses kitar semula adalah lebih rumit dan lebih tinggi kosnya daripada melupuskan sampah biasa.  Sebab banyak proses yang perlu dialui untuk mengitarkan bahan tadi sebelum dijual semula kepada pengilang.  Tapi kalau kita sapot program kita semula ni, sekurang-kurangnya mesin kitar semula tadi dapatlah digunakan secara optimum walaupun kos operasinya tinggi.
Jadi lepas ni silalah recycle ye mana-mana yang patut.  Lepas tu jangan lupa recycle sekali barang-barang elektronik yang dah tak pakai kat mana-mana tempat yang ada menyediakan kemudahan kitar semula e-sampah.  Tak silap, kat shopping mall pun ada dah tempat untuk kitar semula barang elektronik yang kecil macam handphone, bateri dan lain-lain.  Boleh usya sendiri nanti.  Apa pun, jadikan diri kita sebahagian daripada agen pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar kerana ia adalah tanggungjawab kita bersama yang tinggal di dalamnya!

VIEWER

Powered by Blogger.

Popular Posts

Promotion(Click Here)