Home » , , » Tiga Buah Myvi Lain yang tidak Bersalah Turut Terima Tempias Ekoran Kes Enam Myvi di DUKE

Tiga Buah Myvi Lain yang tidak Bersalah Turut Terima Tempias Ekoran Kes Enam Myvi di DUKE

Pemandu Myvi Lain Perlu Berhati-hati,Tiga Buah Myvi Lain yang tidak Bersalah Turut Terima Tempias Ekoran Kes Enam Myvi di DUKE




Pertama sekali SK ingin menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar lebih bersikap matang dan ubahlah cara pemikiran. Kerana apa?

Sebelum ini kita digemparkan dengan kes enam buah Myvi dari kelab kereta Familia Myvi yang dikatakan berlumba sehingga menyebabkan kemalangan jiwa orang lain.

Susulan kejadian itu, ramai yang tidak berpuas hati dengan kelab kereta berkenaan yang meletakkan kereta jenis Myvi sebagai kereta kelab.

Tidak cukup dengan kelab itu sahaja, kelab-kelab kereta Myvi yang lain juga turut menerima tempias dan kritikan orang ramai.

Apa yang menyebabkan SK berkata pemikiran rakyat kita tidak matang apabila kereta jenis Myvi yang tidak bersangkut paut dengan kemalangan tersebut malah tidak menyertai mana-mana kelab pun turut menerima nasib malang.

Mangsa Pertama

Seorang ibu mengandung lapan bulan menaiki sebuah Myvi dihimpit ketika di tol serdang oleh kereta Jenis pacuan empat roda.

Menurutnya ketika menghubungi SK menerusi Inbox Siakapkeli bersama beberapa keping gambar Myvinya, keretanya itu kemek di bahagian hadapan seperti diketuk dengan objek yang keras.


Mangsa Kedua

SK juga ada menerima satu lagi aduan yang mana seorang wanita turut menerima nasib yang sama ketika di jalan raya dimana dia juga diekori rapat dan dihimpit oleh beberapa buah kereta lain.

Selain itu pada pagi 6hb Mei kereta telah dilanggar lari. Bagaimanapun laporan polis telah dibuat.


Mangsa Ketiga

Juga menerusi Inbox Siakapkeli seorang pengadu bersama sekeping gambar kereta Myvi beliau. Menurutnya, dia tidak menyertai mana-mana kelab kereta namun tetap menerima tempias tersebut dimana keretanya yang sedang parking di hadapan rumah telah dibaling dengan batu sehingga keretakan pada tingkap kereta.


Dengan artikel yang kami keluarkan ini diharap pemandu-pemandu kereta jenis Myvi terutamanya yang berwarna putih atau kuning lebih berhati-hati dan sekiranya ada yang menyertai mana-mana kelab Myvi buat masa ini janganlah mempamerkan pelekat kelab dikuatiri diganggu oleh orang-orang yang tidak bersikap matang. — Siakapkeli

VIEWER

Powered by Blogger.

Popular Posts

Promotion(Click Here)