Home » , » 1.6 juta rakyat singapura akan dapat Baucar GST 1 ogos ini

1.6 juta rakyat singapura akan dapat Baucar GST 1 ogos ini

1.6 juta rakyat singapura akan dapat Baucar GST untuk berbelanja 1 ogos ini bernilai $300


SINGAPURA: Mulai minggu pertama Julai, sekitar 1.6 juta rakyat Singapura akan menerima surat pemberitahuan mengenai butiran Baucar GST (GSTV) 2015.
Surat itu juga akan memberikan perincian mengenai manfaat-manfaat lain yang bakal mereka perolehi daripada Belanjawan 2015, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
Bagi para individu, pemerintah semasa Belanjawan 2015 mengumumkan tambahan $50 pada kuantum Baucar GST atau GSTV-Cash tahunan untuk membantu keluarga bergaji rendah menangani kos kehidupan.
Rakyat Singapura yang layak akan mendapat GSTV-Cash bernilai hingga $300 tahun ini, dan sekitar 1.3 juta warga Singapura akan menerimanya pada 1 Ogos ini, menurut MOF lagi.
BONUS GSTV-SENIORS BAGI WARGA EMAS
Selain GSTV-Cash, warga emas Singapura juga akan menerima Bonus GSTV-Seniors, dan ini akan memanfaatkan lebih 660,000.
Warga emas berusia 55 hingga 64 tahun yang layak akan menerima Bonus GSTV-Seniors bernilai hingga $300. Warga emas berusia 65 tahun ke atas pula akan mendapat Bonus GSTV-Seniors hingga $600.
Bonus itu akan diagihkan dalam dua fasa - $600 pada Ogos dan $300 pada November.
Sekitar 400,000 warga Singapura berusia 65 tahun ke atas juga akan mendapat GST-Medisave bernilai hingga $450 pada 1 Ogos.
TOKOKAN MEDISAVE BAGI WARGA EMAS
Kebanyakan warga emas juga akan mendapat tokokan Medisave tambahan:
Tokokan Medisave bagi Generasi Perintis: Jumlah tokokan adalah dari $200 hingga $800 setahun.
Skim Tokokan Medisave selama 5 Tahun: Warga Singapura yang dilahirkan pada atau sebelum 31 Disember 1959 (atau berusia 56 tahun ke atas pada 2015), yang tidak meraih manfaat daripada pakej Generasi Perintis, akan mendapat tokokan Medisave $100 atau $200 setiap tahun dari 2014 hingga 2018, seperti diumumkan pada Belanjawan 2014.
Ini akan memanfaatkan sekitar 528,000 warga Singapura. Kebanyakan mereka (yang tinggal di flat HDB dan tidak memiliki lebih dari satu hartanah) akan mendapat tokokan lebih tinggi iaitu $200 setiap tahun.
BAUCAR U-SAVE GST
Baucar U-Save GST pula diberikan kepada keluarga Singapura setiap suku tahunan untuk membantu melangsaikan kos bil api air, dan menelan belanja $180 juta setiap tahun.
Julai ini, lebih 800,000 keluarga yang layak akan menerima hingga $65, bergantung pada jenis flat HDB mereka, menurut kenyataan MOF.
REBAT S&CC
Rebat Yuran Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC) pula akan diberikan pada April, Julai dan Oktober tahun ini, dan menelan belanja $80 juta pada 2015.
Julai ini, sekitar 800,000 keluarga yang layak akan menerima rebat S&CC itu, yang akan membantu melangsaikan yuran tersebut selama setengah bulan hingga sebulan, bergantung pada jenis flat HDB.
Kebanyakan warga Singapura akan secara automatik menerima bayaran GSTV (GSTV payouts) dan tokokan Medisave 5 Tahun mereka.
Bagi yang belum mendaftarkan diri untuk menerima manfaat sedemikian dari pemerintah dan/atau bukan anggota CPF, surat pemberitahuan tentang langkah yang perlu mereka ambil menjelang 31 Disember untuk mendapatkan manfaat-manfaat yang disediakan pemerintah, akan dihantar kepada mereka. 
sumber:mediacorp.sg

VIEWER

Powered by Blogger.

Popular Posts

Promotion(Click Here)