Home » , » 5 Rahsia MudahMenurunkan Berat Badan Di Bulan Ramadhan

5 Rahsia MudahMenurunkan Berat Badan Di Bulan Ramadhan

5 Rahsia MudahMenurunkan Berat Badan Di Bulan Ramadhan


Bulan Ramadhan sering dijadikan alasan untuk menikmati makanan kesukaan anda kerana penat seharian berpuasa.
Namun, jika anda berterusan begini, anda akan mengalami kenaikan berat badan. Mesti pelik. Sepatutnya masa puasa berat badan kita akan turun.
Jadi, jika anda ingin menurunkan berat badan sepanjang bulan Ramadhan ini dan bergaya sakan menjelang raya nanti, ikuti tips mudah ini!

Minum air kosong

Woman Drinking Water
Penghidratan adalah kunci untuk menurunkan berat badan sepanjang Ramadhan. Minum sekurang-kurangnya 2 liter air putih dalam sehari. Elakkan minuman berkafein dan anda boleh menggantikannya dengan teh herba yang dapat membantu pencernaan anda.

Makan kurma

2
Di bulan Ramadhan, metabolisme dan tenaga anda menurun. Makan kurma ketika berbuka mampu menampung keperluan gula yang diperlukan oleh tubuh. Kemudian teruskan dengan makanan ringan seperti sup dan sayur-sayuran, sebelum mula mengambil makanan berat.

Bersahur

An Middle Eastern Culture family eat together.
Tidak ada alasan untuk tidah bersahur. Jika tidak bersahur, ia akan membuatkan anda lapar dan berakhir dengan makan berlebihan ketika berbuka puasa. Ketika memilih makanan untuk sahur, hadkan garam agar anda tidak mudah haus.

Kekal aktif

working
Puasa bukan alasan bagi anda untuk bermalas-malasan sepanjang hari. Di bulan Ramadhan anda harus tetap bekerja, tetapi elakkan dari matahari terlalu lama. Anda perlu tahu bahawa, jika anda kekal aktif ketika perut kosong, badan anda akan membakar lebih banyak lemak.

Elakkan makanan manis

Heap Of Sugar
Nampaknya penyebab utama kenaikan berat badan semasa bulan Ramadhan adalah makanan yang manis. Jauhi diri anda daripada gula yang berlebihan. Jika anda berdegil juga, jangan terkejut apabila anda timbang berat badan anda nanti.

VIEWER

Powered by Blogger.

Popular Posts

Promotion(Click Here)