Home » , » Gadis Ingin Belajar Memandu Tetapi Digilis Kereta Kebal

Gadis Ingin Belajar Memandu Tetapi Digilis Kereta Kebal

Gadis Ingin Belajar Memandu Tetapi Digilis Kereta Kebal


BERLIN - Seorang remaja yang sedang belajar memandu kereta di bandar Lippe, Jerman nyaris maut setelah kenderaan yang digunakan untuk latihan dilanggar dan hampir digilis sebuah kereta kebal milik tentera Britain.
Pemandu kereta kebal itu yang berusia 24 tahun juga gagal mengemudi jenteranya sehingga merempuh kereta kecil tersebut melalui bahagian hadapan kenderaan yang dipandu remaja wanita berumur 18 tahun berkenaan.
Akhbar tempatan pada Selasa menyiarkan foto dramatis yang dikeluarkan oleh pihak polis Lippe, menunjukkan sisi kiri dan roda depan kereta lama Toyota itu hancur kemek ekoran digilis kereta kebal seberat 62 tan tersebut.
Akibat kemalangan itu, pemilik kereta berkenaan kerugian kira-kira 8,500 pound sterling (RM47,900), manakala pihak insurans mungkin enggan membayar pampasan kerana tidak dilindungi rempuhan jentera berat tentera.
Kereta kebal latihan jenis Challenger 2 itu dikeluarkan oleh Vickers Defense System yang kini dikenal dengan nama BAE System Land & Armaments; sebuah syarikat pengilangan kenderaan ketenteraan ternama di Britain.
Jentera perang bernilai 4.2 juta pound sterling (kira-kira RM23.7 juta) itu turut digunakan Tentera Darat Diraja Oman; dan sebanyak 446 buah kereta kebal tersebut dikeluarkan sejak 1993 sebelum dihentikan pada 2002 lalu.

VIEWER

Powered by Blogger.

Popular Posts

Promotion(Click Here)