GEMPAR!! Gambar Gempa bumi sekuat 6.0 Rikter landa Sabah
KOTA KINABALU: Gempa bumi sekuat 6.0 pada skala Rikter melanda Sabah di Malaysia awal pagi ini, menurut ahli geologi Amerika Syarikat, namun amaran tsunami tidak dikeluarkan.
Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional menyatakan gempa yang berlaku pada 7.15 pagi itu dirasai di kebanyakan tempat di Sabah, termasuk Ranau, Tambun, Pedalaman, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud. Pusat gempa tersebut terletak 16 kilometer barat laut Ranau.
Jurucakap pusat tersebut ketika dihubungi berkata tiada lagi gempa bumi dilaporkan, sehingga berita ini ditulis. Ia turut menyebut, Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat terkini.
Difahamkan, beberapa premis perniagaan termasuk bank dan pejabat kerajaan Malaysia mengalami keretakan serta cermin pecah berikutan gegaran kuat tersebut, menurut Berita Harian Online.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau difahamkan tiada kerosakan serius yang berlaku sejauh ini akibat gempa itu.