Home » , » Jangan campuri politik atau kena 'belasah',TMJ beri isyarat

Jangan campuri politik atau kena 'belasah',TMJ beri isyarat

VIDEO!! Jangan campuri politik atau kena 'belasah',TMJ beri isyarat


Mungkin kata-kata tidak diperlukan untuk Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk beliau menyampaikan mesejnya.

Dalam klip video dimuat naik pada akau Facebook Johor Southern Tigers petang tadi, anak Sultan Johor itu kelihatan sedang berehat di atas kerusi apabila kamera datang menghampirinya.

Ketika kamera berada di kiri Tunku Ismail, beliau menoleh dan mengangkat tangan kirinya sebelum membuat isyarat "marilah" sambil bersandar di kerusi.

Klip sepanjang 17 saat itu juga bermula dan berakhir dengan bunyi ngauman harimau.

Hanya beberapa jam selepas ditegur Datuk Seri Nazri Aziz, Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim muncul dalam klip pendek sambil membuat aksi mencabar.

Dalam akaun Facebook Johor Southern Tigers, beliau dilihat sedang berehat di atas bangku dan menoleh ketika kamera berada di kirinya.

Menggunakan tangan kiri, Tunku Ismail membuat isyarat memanggil.

Klip video sepanjang 17 saat itu bermula dan berakhir dengan bunyi ngauman harimau.

Tunku Ismail adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor

Walaupun klip video berkenaan tidak disertakan tajuk atau kapsyen, ia dimuat naik hanya selepas beberapa jam Nazri yang juga Menteri Kebudayaan dan Pelancongan memberi amaran supaya Tunku Ismail tidak mencampuri politik.

Kata Nazri (gambar) tindakan Tunku Ismail boleh menyebabkan rakyat hilang rasa hormat kepada beliau jika kerajaan memberi reaksi kepada komennya.

Pos berkenaan juga pantas mendapat reaksi daripada pengguna Facebook.

Dapat reaksi segera

Sehingga jam 8.15 malam ini lebih 2,000 orang menekan butang Like dan sekurang-kurangnya 541 akaun lain berkongsi pautan berkenaan.

Pos berkenaan juga mengundang banyak komen. Pemilik akaun Facebook Nasrulhadi Noh misalnya menulis: "Setengah Menteri sekarang dah tiada rasa hormat dgn Kerabat di Raja. Mintak Tunku halau jek menteri mcm ni dari masuk ke Johor dengan Ahmad Maslan sekali."

Syahriman Paparock pula menulis: "Nazri jp lg mkn kayu hoki koottt".

Bagi Hakeem Neils, video itu mendorongnya menulis: "ape lagi..dah panggil tu..jgn x dtg pulak mcm sorang lagi tu...xD"

Ashhabu Rayati Suud: "Senyum lebar tgok video ni, kerajaan nk belasah kerabat johor, ingt kami anak johor batang pisang."

VIDEO!! https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/vb.208453185984655/481739391989365/?type=2&theater



DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor-------------HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan IbrahimHidup Johor Demi Johor#JohorMestiSentiasaMenjadiJohor
Posted by JOHOR Southern Tigers on Saturday, 13 June 2015

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor-------------HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan IbrahimHidup Johor Demi Johor#JohorMestiSentiasaMenjadiJohor
Posted by JOHOR Southern Tigers on Saturday, 13 June 2015


DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor-------------HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan IbrahimHidup Johor Demi Johor#JohorMestiSentiasaMenjadiJohor
Posted by JOHOR Southern Tigers on Saturday, 13 June 2015

VIEWER

Powered by Blogger.

Popular Posts

Promotion(Click Here)