Home » , , » Kapal Tangki malaysia yang Hilang Dijumpai

Kapal Tangki malaysia yang Hilang Dijumpai

MT Orkim Harmony Dikesan Di Perairan Kemboja, Dicat Semula Dan Ditukar Nama Dalam tempoh 24 jam sahaja



KUALA LUMPUR: "Kapal tangki Malaysia, MT Orkim Harmony yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu mempunyai kebarangkalian besar berpunca daripada perbuatan ‘orang dalam’ sehingga ia mungkin diserang dan dibawa lari lanun," kata Pengarah Projek Khas, Satumarin Sdn Bhd, Kapten Ahmad Imran Mohd Azmi.
Menurutnya, lokasi terdekat yang memudahkan kapal tangki tersebut disembunyikan sekiranya di serang lanun adalah pulau-pulau kecil di sekitar Indonesia.
“Ada kemungkinan ia merupakan kerja ‘orang dalam’ yang telah berpakat dengan pihak lanun dengan mendedahkan lokasi dan kedudukan kapal tersebut.
“Berdasarkan pandangan peribadi saya juga, ‘orang dalam’ itu berkemungkinan bukan orang kita (Malaysia) kerana kejadian tersebut dipercayai berlaku di sekitar sempadan Singapura dan Indonesia yang mana kawasan ‘panas’ membabitkan kegiatan lanun," katanya kepada Malaysian Digest, hari ini.
Kapten Imran juga tidak menolak kebarangkalian kehilangan kapal tangki yang membawa 6,000 tan metrik minyak petrol RON95 itu juga adalah kerana diceroboh tanpa disedari oleh anak kapal atau pegawai yang bertugas.
Jelasnya, kapal tangki yang dianggarkan membawa muatan pertol bernilai  puluhan juta itu juga boleh diubah suai oleh pihak lanun dalam jangka masa kurang 12 jam.
“Dalam jangka masa kapal tersebut terputus hubungan sekitar 8.50 malam dan laporan dibuat pukul 6.30 pagi pada 12 Jun, kapal tangki tersebut mungkin sudah dibawa ke bahagian pulau Indonesia untuk pengubahsuian seperti mengecat, menukar nama dan memindahkan minyak.
“Jika itu berlaku, ia menyukarkan pihak berkuasa untuk mengesan sekiranya kapal berkenaan membuat pelayaran," katanya yang berpengalaman selama 14 tahun belayar bersama kapal tangki LNG milik syarikat Petronas dan MISC.
Tambahnya, kebarangkalian alat komunikasi termasuk satelit dan penjejak AIS telah dimatikan sehinggakan menyukarkan pihak berkuasa menjejaki kedudukan kapal tersebut.
Ditanya mengenai prosedur untuk menjamin keselamatan sesebuah kapal daripada diceroboh daripada lanun, Kapten Imran berkata;

KAPAL tangki yang berdaftar di Malaysia, MT Orkim Harmony

Kapal tangki yang berdaftar di Malaysia, MT Orkim Harmony yang dilaporkan hilang pada Khamis lalu dikesan berada di perairan Kemboja.
Menurut laporan Bernama, perkara tersebut disahkan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menyatakan kapal tersebut turut di cat semula dan ditukar nama.
Terdahulu, kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol RON95 bersama 22 anak kapal dipercayai dirompak lanun ketika dalam pelayaran dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan.
Malaysian Digest sebelum ini menemubual Pengarah Projek Khas, Satumarin Sdn Bhd, Kapten Ahmad Imran Mohd Azmi yang memberi pandangan bahawa kapal tersebut telah diubah suai dalam tempoh kurang 12 jam, disamping menyatakan kebarangkalian kehilangan kapal itu adalah perbuatan 'orang dalam'.
“Kebiasaan syarikat-syarikat perkapalan mempunyai langkah-langkah yang dikenali sebagai 'anti-piracy precautions' yang mana ia perlu dipatuhi sekiranya melalui kawasan yang aktif dengan kegiatan lanun.
“Antara yang perlu dilakukan oleh anak kapal termasuklah mengunci semua pintu, memastikan ‘firehose’ di bahagian belakang dan tepi kapal berfungsi yang mana ia akan digunakan sekiranya mana-mana kapal yang mencurigakan cuba mendekati.
“Sistem radar kapal juga perlu sentiasa diawasi bagi mengesan kehadiran sebarang kapal yang dicurigai."
Terdahulu, kapal tersebut yang dalam pelayaran dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan dilaporkan terputus hubungan pada jam 8.50 malam Khamis lalu.
Sehingga kini, operasi pencarian sejak kehilangan dilaporkan adalah seluas 20,000 kilometer persegi dan menjangkau sempadan perairan Malaysia dan negara jiran.

VIEWER

Powered by Blogger.

Popular Posts

Promotion(Click Here)