PUNCA!! Michael Jackson Mati Tetapi Hartanya Tetap Bertambah Hari Demi Hari & telah Mencecah AS$2 Bilion
> Raja Pop itu meninggal dunia pada usia 50 tahun pada 25 Jun 2009
> Ketika meninggal dunia, dia hampir bankrap
> Tapi sejak enam tahun lalu, harta pusakanya telah meningkat kepada AS$2 bilion
> Sebahagian besar pendapatan itu datang dari filem terakhirnya 'This Is It'
KETIKA Michael Jackson menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 2009 kerana serangan sakit jantung akibat pengambilan ubat tidur yang berlebihan, dia adalah seorang yang hampir-hampir bankrap.
Tetapi selepas enam tahun berlalu, nasib dirinya berubah dengan kekayaan yang melimpah ruah yang berjaya dihasilkan atas namanya.
Portal berita TMZ memetik sumber-sumber sebagai berkata yang ketiga-tiga anak Michael - Prince, 18, Paris, 17, dan Blanket, 13 - mewarisi kekayaan pada tahap yang tidak pernah dirasai oleh mendiang bapa mereka.
Setiap seorang daripada mereka berhak mewarisi AS$100 juta tunai jika mereka membuat keputusan untuk melupuskan segala hasil pendapatan yang kini berada dalam tabung amanah harta pusaka bapa mereka.
Menurut TMZ, jumlah harta pusaka Michael Jackson telah mencecah AS$2 bilion sejak kematiannya.
Sebahagian besar pendapatan itu datang dari filem terakhirnya 'This Is It' dan 'THE IMMORTAL WORLD TOUR' serta wang royalti daripada album-albumnya.
TMZ menganggarkan, selepas ditolak segala kos perbelanjaan yang lain serta hutang, jumlah AS$2 bilion itu akan berbaki AS$800 juta.
Dan selepas ditolak cukai masih terdapat baki AS$450 juta dalam tabung harta pusakanya itu.
"Hutang MJ ketika kematiannya adalah sekitar AS$500 juta tetapi jumlah itu boleh dilangsaikan dengan jumlah pendapatannya sekarang," lapor TMZ.
Sementara itu majalah UsWeekly melaporkan pada Khamis bahawa Prince telah menerima diploma sekolah tingginya Mei lalu.
Manakala Paris yang cuba membunuh diri kerana tertekan pada 2013 kini sudah dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan yang normal.