Video!! Pakar Bedah Tukar Lebih 1,000 Kepala TikusDaripada Badan Asal,Kini Monyet pula
CHINA -Inilah jadinya apabila manusia bijak menjadi ‘gila’. Seorang pakar bedah yang telah melakukan 1,000 pembedahan pemindahan kepala ke atas tikus kini mahu mengembangkan kerjanya itu dengan melakukannya terhadap monyet.
Xiaoping Ren yang melakukan kerja-kerja berkenaan sejak 2013 turut menggelar dirinya sebagai pakar bedah yang mendahului pakar lain di dunia ini.
Ada antara tikus-tikus makmal itu bertahan sehingga 10 hari selepas menjalani pembedahan pemindahan kepala.
Susulan pembedahan itu juga, ada tikus terbabit yang mempunyai kepala dan badan yang berbeza warna.
Bagaimanapun tidak semua pakar bedah yang bersetuju dengan perbuatan Ren itu malah ada yang skeptikal dan menggelarnya sebagai `Dr. Frankenstein’. Menurut Profesor perubatan dari New York, Arthur Caplan, idea pemindahan kepala itu merupakan sesuatu yang tidak masuk akal dan melanggar etika perubatan. – Mynewshub.cc