5 gambar!! Rumah Kumpulan Pelawak Zero Terbakar Akibat Lintar Pintas, Tinggal Sehelai Sepinggang
Kumpulan lawak Zero tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Kudat, Sabah terlibat dalam kebakaran tengahari Selasa.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 tengahari semalam, 70 buah rumah di Kampung Bahagia musnah dijilat api akibat litar pintas.
Salah seorang anggota kumpulan Zero, Atu berkata ketika kebakaran berlaku hanya ibu dan adik-beradik lain berada di rumah.
Menurut Atu, ketika kejadian dia dua lagi abangnya iaitu Syarif dan Syaiful berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja.
“Alhamdulillah, ibu dan adik-adik beradik kami yang lain selamat. Ketika kejadian ibu saya sedang memasak untuk kenduri tahlil arwah ayah.
“Sedih juga selepas mendapat tahu, lauk-pauk yang dimasak ibu tidak dapat dihidangkan langsung kerana kebakaran berlaku.
"Rumah kami tu pula baru siap diubahsuai selepas menerima wang kemenangan Maharaja Lawak Mega 2014 tempoh hari,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak.
Tambah Atu lagi dia dan dua abangnya bergegas pulang ke kampung selepas mendapat khabar mendukacitakan itu.
“Kami sepatutnya pulang hari ini (Rabu) untuk menyambut Ramadhan bersama ibu dan keluarga. Tetapi kami tiba lebih awal.
“Kira-kira jam 2 pagi tadi kami sampai dan lihat semuanya musnah,” ceritanya sebak
Katanya lagi, ibu dan adik-beradiknya kini berteduh di dewan orang ramai bersama mangsa kebakaran lain.
“Kasihan juga pada mangsa lain. Tidak ada apa yang tinggal lagi. Kami sehelai sepinggang dan penduduk di sini memerlukan bantuan keperluan asas termasuk pakaian dan alat tulis untuk anak-anak ke sekolah.
“Sekiranya ada pihak yang sudi membantu, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), nombor akaun 12125-41-00006963-6 atas nama Persatuan Komuniti Bajau Simunul Kudat.
"Peminat di Semenanjung Malaysia yang ingin memberi bantuan barangan pula boleh menghubungi Shafeeqa di talian 017-721 0491,” ujarnya.
Sebelum mengakhiri perbualan, Atu memberitahu dia menganggap kejadian ini sebagai takdir dan redha dengan ujian Allah SWT.
Di bawah, Daripada Sumber Astro Gempak kongsikan beberapa keping foto yang dikirim Atu pagi tadi: