Home » , , » Shukri Yahaya Malu, Seluar Terlucut Di Hadapan Orang!

Shukri Yahaya Malu, Seluar Terlucut Di Hadapan Orang!

Shukri Yahaya  peristiwa paling memalukan pernah berlaku dalam hidup, Seluar Terlucut Di Hadapan Orang!


Pelakon Shukri Yahaya yang mula dikenali menerusi lakonan dalam drama berjudul “Dia… Isteri Luar Biasa” mendedahkan peristiwa paling memalukan pernah berlaku dalam hidupnya.

Aktor berusia 26 tahun ini menceritakan kejadian tersebut berlaku sewaktu hari raya di mana dia terpaksa memakai baju raya bapanya kerana tidak sempat menmpah baju raya sendiri.

Nak tahu lebih lanjut, apa kata jom lihat lima fakta menarik yang dikongsi oleh Shukri kepada peminatnya di bawah:

1. Mempunyai impian untuk melancong secara solo ke seluruh dunia. Antara tempat yang ingin dilawati ialah India dan Thailand.

2. Shukri juga merupakan seorang yang suka makan dan makanan kegemarannya ialah ayam masak merah.

3. Mempunyai habit mengerut dahi dan walaupun dah ditegur banyak kali dia tetap melakukannya.

4. Nama timangan masa kecil ialah Aki. Nama tersebut diberikan oleh ibunya.

5. Pernah beraya dengan memakai baju melayu ayahnya kerana tidak sempat menempah baju sendiri. Namun apa yang lebih memalukan ialah seluar yang dipakainya terlucut di hadapan orang ramai ketika berkunjung ke rumah sanak-saudaranya. Peristiwa itu tidak dapat dilupakan olehnya sehingga kini.

Sumber: Portal Murai

VIEWER

Powered by Blogger.

Popular Posts

Promotion(Click Here)