Warga Israel “Terlepas” Masuk Penang Bagi Talk Pasal Kehebatan Israel
SECARA umum masyarakat dunia maklum tentang pendirian Malaysia terhadap Israel, apatah lagi rakyat negara ini.
Sebagai negara Islam yang mengutuk kekejaman berterusan Israel terhadap Palestin sejak sekian lama, Israel tidak diakui sebagai negara oleh kita.
Justeru rakyat Malaysia tidak dibenarkan memasuki Israel dan begitulah sebaliknya, kecuali atas sebab-sebab khas.
Maka amat menghairankan bagaimana seorang warga Israel diuar-uarkan akan memberi ceramah di Georgetown, Pulau Pinang pada semalam dan hari ini (15 dan 16 Jun 2015).
Lelaki dikenali sebagai Peter Tsukahira dilaporkan bakal memberi ceramah bertajuk “What Does Israel Have To Do With The End Time And How Can We Prepare?” di seminar bertajuk Thy Kingdom Come, Welcoming The New Jerusalem.
Peter Tsukahira yang merupakan kacukan Jepun-Amerika adalah anak seorang Diplomat Amerika yang kini menjadi warga Israel.
Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku, diharapkan pihak berkuasa seperti Imegresen dan PDRM dapat memperjelaskan bagaimana seorang lelaki yang memiliki pasport Israel dan mempunyai tujuan bercakap tentang kehebatan Israel.. dibenarkan memasuki Malaysia.
Namun jika tidak benar, maka tiada isu di sini dan risalah itu mungkin sengaja disebarkan oleh pihak tak bertanggung jawab. (Jangan lupa saksikan video di bawah).
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: Rem Ramzi