PUNCA SEBENAR!! 2 Parah 3 cedera 11 ditahan Dalam Insiden Gaduh Di Wangsa Walk Mall kerana Berebut Perempuan
KUALA LUMPUR: Dua remaja lelaki parah dalam satu insiden pergaduhan di pusat membeli-belah Wangsa Walk, petang semalam.
Manakala tiga lagi remaja dilaporkan cedera dan 11 lagi ditahan polis kerana terbabit dengan kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata kejadian pada jam 6.50 petang itu membabitkan remaja lelaki antara 15 hingga 29 tahun.
Seorang lelaki dilaporkan patah tengkuk, manakala seorang lagi retak tulang bahu.
"Ia hanyalah pergaduhan antara dua kumpulan remaja yang berpunca dari tindakan seorang abang yang menghalang perhubungan adiknya dengan seorang lelaki," katanya memetikmStar.
Kesemua yang cedera itu dipercayai dipukul dengan kayu, batang besi, topi keledar dan sepit udang motosikal.
"Mereka yang cedera telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan," katanya.
Beliau berkata, kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan. -Siakapkeli.my