5 Gambar : Wanita ditembak ketika memandu sehingga tangan berlubang di Sungai Buluh
Sungai Buloh: Pergelangan tangan kanan seorang wanita berlubang, manakala mulutnya luka akibat ditembak di persimpangan lampu isyarat berhampiran tol Sungai Buloh di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 8 pagi, wanita berusia 51 tahun itu ditembak dari luar keretanya ketika dia berhenti.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Asisten Komisioner Junaidi Ujang berkata, suspek yang menembak wanita itu dipercayai menaiki motosikal dan belum dikenal pasti.
Katanya, suspek menembak mangsa dari arah kanan kereta.
"Mangsa kini masih dalam rawatan kecemasan dan belum dapat ditemubual untuk maklumat lanjut.
"Pemeriksaan di lokasi kejadian menemui dua anak peluru jenis .38 dan siasatan lanjut masih diteruskan,"katanya