Aidilfitri paling suram Farhanna Qismina Pelakon Hikayat Putera Syazlan Kereta Dirempuh Bus Ekspres
Kaca masuk mata adik, ibu perlu rawatan lanjut, kakak pula meninggal dunia di awal pagi 1 Syawal dan pihak bertanggungjawab belum ditemui cukup untuk menggambarkan kesedihan dialami pelakon Farhanna Qismina Supandi.
Sewaktu dihubungi Malaysiakini hari ini, suara Farhanna Qismina, 18, yang mesra disapa Sweet jelas kedengaran sayu.
Tidak seperti selalu, Syawal kali ini disambut dengan penuh rasa pilu dan rutinnya buat beberapa hari ini hanya terbatas kepada menjaga ibu dan adik di hospital.
“Ibu perlu buat pemeriksaan lanjut sebentar lagi, manakala adik pula mengalami kecederaan di mata akibat kaca.
“Saya tidak pulang ke rumah kerana mahu jaga ibu dan adik,” katanya di Hospital Kuala Lumpur.
Dalam kejadian kelmarin, Proton Perdana dinaiki lima sekeluarga itu dilanggar dari belakang oleh kereta jenis BMW.

Ia mengakibatkan kereta dinaiki keluarga malang ini terbabas dari laluan mereka sebelum dirempuh oleh bas ekspres dari arah bertentangan di Jalan Kuching.
Tragedi itu menyebabkan kakak Qismina, Farhanna Qistina, 21, yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur kira-kira jam 5.45 pagi.
Pemandu BMW pula dilaporkan melarikan diri selepas kejadian.
Arwah Farhanna Qismina pernah membintangi beberapa rancangan televisyen dan memegang watak sebagai pelakon tambahan sebelum ini.
Farhanna Qismina pula terkenal selepas membintangi siri televisyen Hikayat Putera Shazlan sebagai Fasha selain pernah berlakon dalam filem Damping Malam pada 2010.
Dia dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan.
Bagaimanapun, ibu dan adiknya Farhanna Qisrina pula masih terlantar di hospital bagi menerima rawatan susulan akibat kecederaan mereka.
Sementara itu, sebahagian nombor plat kenderaan BMW yang patah ditemui di tempat kejadian dan pihak berkuasa masih menjalankan siasatan bagi menahan pihak yang bertanggungjawab.-Malaysiankini