Air mata ziarah raya Anak Dilanggar Bapa Sendiri
Sandakan: Kegembiraan seorang kanak-kanak perempuan untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga bertukar tragedi apabila dilanggar pacuan empat roda Toyota Hilux dipandu bapanya sendiri dalam kejadian di Taman Sejati Ujana, Batu 7, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.30 malam, Mutia Noraini Ayub, 3, ditemui terbaring berlumuran darah di bawah kenderaan berkenaan.
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa bersama keluarganya mengunjungi saudara-mara di kawasan berhampiran sebelum tiba di rumah ibu saudaranya di Taman Sejati Ujana.
Mangsa dikatakan dibawa turun ibunya bersama tiga beradik lain masuk ke rumah terlebih dulu.
Selepas memastikan isteri dan anak-anaknya masuk, bapa mangsa berusia 38 tahun mengalihkan kenderaan bagi membetulkan parkir tanpa menyedari mangsa di depan kenderaan itu.
Sebaik menyedari terlanggar sesuatu, bapa mangsa turun untuk memeriksa sebelum melihat anak ketiganya di bawah kenderaan.