Home » , » Anak Shah Rukh Khan yang menjadi kegilaan ramai minta ayahnya Jangan Ganggu Urusan Peribadi

Anak Shah Rukh Khan yang menjadi kegilaan ramai minta ayahnya Jangan Ganggu Urusan Peribadi



Anak Shah Rukh Khan yang menjadi kegilaan ramai minta ayahnya Jangan  Ganggu Urusan Peribadi



Anak lelaki Shah Rukh Khan, Aryan Khan tidak lama lagi bakal menyambut ulang tahun yang ke 18 tahun pada 13 November kelak.
Belum lagi genap 18 tahun, Aryan sudah mula membantah setiap kali bapanya memberi sebarang cadangan atau nasihat.
“Aryan kini semakin dewasa. Dia lebih tinggi dan besar daripada saya. Baru-baru ini Aryan sudah berani bersuara terutamanya mengenai perkara yang dirasakan betul atau salah mengikut pandangannya.
“Sedangkan banyak perkara yang saya ajari bermula dengan cara yang betul, tetapi akhirnya segala tunjuk ajar oleh saya sama sekali seakan tidak betul di matanya,” ujar Shah Rukh Khan.
Namun Shah Rukh Khan menyedari bahawa Aryan bukan lagi seorang kanak-kanak dan dia mempunyai pandangan tersendiri dan bakal menentukan masa depannya kelak.
“Ya, waktu sangat cepat berlalu. Dia semakin dewasa dan sudah berani membantah segala nasihat saya. Baru-baru ini Aryan dengan beraninya memberitahu saya dia bakal berusia 18 tahun. Dia tidak mahu saya atur segala kehidupannya dan tidak mahu lagi mengikut segala kehendak saya,” jelas Shah Rukh Khan lagi.
Meski pun begitu, Shah Rukh Khan tidak pernah kecewa dengan sikap Aryan yang kian berubah. Tetapi SRK hanya mewajibkan Aryan untuk menghabiskan pengajiannya, sebelum menentukan karier dan masa depannya.

VIEWER

Powered by Blogger.

Popular Posts

Promotion(Click Here)