VIDEO!! Kanak-Kanak 2 Tahun Putus Tangan Digigit Harimau Di Zoo,Tangan Di mulut harimau
China – Malang menimpa seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun apabila tangan kanannya digigit oleh seekor harimau dengan lahap selepas budak itu menghulurkan tangan ke dalam kandang binatang berkenaan di sebuah zoo di Sichuan.
Tangisan kesakitan kanak-kanak berkenaan kemudiannya kedengaran dengan kuat di zoo terbabit di saat harimau ganas itu menggigit tangannya hingga putus hanya dalam masa 30 saat.
Pekerja zoo yang bergegas ke kandang terbabit mendapati lengan kanak-kanak itu telah putus dan berada dalam mulut harimau terbabit.
Sebelum itu, kanak-kanak terbabit bergambar di luar sangkar harimau itu. Namun dia kemudiannya menghulurkan tangan melalui lubang di situ dalam usaha menarik perhatian haiwan tersebut.
Kanak-kanak itu telah dibawa ke hospital dan menjalani pembedahan.
Bagaimanapun tangan kanak-kanak berkenaan tidak dapat diselamatkan kerana pekerja zoo tidak dapat mengambil tangan tersebut dari mulut harimau itu. – MYNEWSHUB.CC