KEJI!! Jiran Dengan anak paksa ibu makan najis & Air kencing Tiap-tiap hari
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 39 tahun didakwa di mahkamah hari ini, berhubung satu video yang menunjukkan seorang wanita menampar ibunya beberapa kali di luar flat mereka di Blok 48, Lower Delta Road.
Darwinder Singh dituduh bersubahat dengan Siti Redha Khamis, 25 tahun, untuk menyakiti ibu Cik Siti, Kamisah Burel, 58 tahun, dengan sengaja.
Kedua-dua mereka dituduh memaksa Cik Kamisah makan najis dan air kencing.
MediaCorp difahamkan Singh merupakan jiran Cik Siti dan Cik Kamisah.
Darwinder memberitahu mahkamah hari ini bahawa dia memberitahu Cik Siti supaya memberikan ibunya makan najis hanya sekali, tetapi Cik Siti berbuat demikian setiap hari.
Dia juga mendakwa Cik Siti menganggur selama lapan bulan dan memintanya wang. Darwinder juga berkata dia terpaksa menggadai barang kemas dan komputer ribanya untuk Cik Siti.
Darwinder menambah dia sedang menjaga ibunya, yang difahamkan mengalami masalah perubatan. Dia berkata dia sendiri menghidap masalah kesihatan.
Darwinder akan ditahan reman selama seminggu. Hakim Daerah Christopher Goh mengizinkan Darwinder dibebaskan daripada tahanan reman untuk siasatan lanjut jika perlu.
Polis memberitahu mahkamah Darwinder perlu direman supaya pihaknya dapat membuat serbuan dan mengunjungi tempat kejadian, kerana kesalahan-kesalahan itu berlaku dalam tempoh agak lama. Darwinder akan dihadapkan lagi ke mahkamah pada 31 Julai, 9.00 pagi.
Pada 20 Julai, video yang menunjukkan Cik Kamisah ditampar beberapa kali oleh anak perempuannya, dimuat naik ke laman Facebook oleh seorang lagi jiran mereka, Mohd Juani Ali.
Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga kemudian menyatakan pihaknya sedang menyiasat video tersebut. Encik Mohd Juani memberitahu MediaCorp penderaan tersebut mungkin sudah berlaku sejak enam bulan lalu.
Jika sabit kesalahan, Dariwinder boleh dipenjara hingga tujuh tahun, dikenakan denda, dirotan atau kedua-duanya sekali.