Pelakon Hisyam Hamid dijangkiti Penyakit Perempuan Rubella,Dikejar ke hospital
KUALA LUMPUR: Sejak malam tadi aktor kelahiran Singapura, Hisyam Hamid dimasukkan ke hospital Prince Court kerana didiagnosis doktor terkena penyakit Rubella. Difahamkan kerana terlalu kerja kuat dan kurang rehat antara punca antibodi badannya jatuh dan mudah terkena pelbagai macam jangkitan.
Hisyam yang kini sedang melunaskan penggambaran drama telenovela terpanjang Memori Cinta Suraya terbitan Global Station milik Zaiton Jiwa bergandingan dengan Anzalna akhirnya tidak mampu lagi menjadi kebal dan terpaksa berehat seketika.
HISYAM Hamid dilaporkan sakit rubella dan dimasukkan ke hospital Prince Court. - Foto Instagram "Sebelum ini saya ada terkena jangkitan mata hingga terpaksa memakai cermin mata. Ada pihak media juga sudah mengetahui keadaan ini ketika saya menghadiri pelancaran kempen terbaharu Lords Tailor #dresslikeaLord di Pavilion. "Saya ke hospital untuk membuat pemeriksaan tetapi dalam masa yang sama doktor turut mengambil tekanan dalam badan.
Sangkakan hanya demam biasa tetapi sebaliknya. "Penyakit Rubella ini simptomnya lebih kurang denggi. Tapi mujur tidak tapi saya akhirnya tewas dengan dugaan ini," katanya.