Kisah Pengorbanan Abang Jaga Adik Perempuan Sakit Selama 6 Tahun Mendapat Perhatian Netizen
JENGKA 3: Gangguan saraf yang dialami seorang gadis ketika berusia 17 tahun mengubah kehidupan anak bongsu daripada lima beradik itu apabila kini terlantar sepanjang hari sejak lapan tahun lalu.
Anak perempuan tunggal, Normardiah Abdul Samad, 27, dilahirkan cukup sifat dan mula dikesan menghidap penyakit tersebut selepas sering pengsan dan anggota badan menggigil yang berlarutan sehingga dua tahun sebelum akhirnya hilang upaya bergerak.
Ibunya meninggal dunia pada 2003 ketika Normardiah masih di tingkatan tiga akibat kemalangan jalan raya dan tanggungjawab menguruskan adik-beradik itu dipikul bapa, Abdul Samad Ramlan, 68, di Felda Jengka 3.
Penyakit tersebut menyebabkan tahap kesihatan Normardiah terjejas teruk dan menuntut perhatian sepenuh masa daripada ahli keluarganya.
Normardiah sememangnya insan bertuah apabila mempunyai seorang abang yang sangat bertanggungjawab apabila sanggup berhenti kerja demi menjaga adik tersayang.
Terpaksa berhenti kerja
Abang keduanya, Mohd Khairul, 36, seperti anak Felda lain yang lebih suka merantau ke luar untuk mencari rezeki namun mengambil keputusan melupakan alam pekerjaan dan masa depan sendiri kerana mahu menguruskan Normardiah.
Bagi Mohd Khairul, pengorbanan yang dilakukan itu tidak seberapa berbanding dugaan dilalui adiknya memandangkan Normardiah dahulunya adalah seorang yang periang dan sentiasa bersikap ceria.
Katanya, kejadian Normardiah pengsan ketika sedang membasuh pakaian di bilik air merupakan permulaan tanda penyakit tersebut sebelum anggota badan mulai menggigil dan berlarutan dari semasa ke semasa.
“Pada awal dia sakit, saya bekerja di luar dan kerap kali pulang untuk menjaga dia memandangkan ayah perlu bekerja dan tak dapat beri perhatian sepenuh masa.
“Tahap kesihatan Normardiah semakin teruk dan selepas dua tahun, dia hilang upaya bergerak dengan tangan dan kaki akan menggigil jika cuba digerakkan.
“Percakapan dia juga mula tidak jelas tetapi masih berupaya memberi respons melalui mimik muka sekiranya kita bercakap sesuatu tetapi cuma saya sahaja yang faham,” katanya.
Bergantung bantuan JKM
Mohd Khairul yang belum berkahwin berkata, tiada apa yang lebih dalam hidupnya kini selain memastikan adik disayangi mendapat perhatian sebaik mungkin meskipun hidup serba kekurangan.
Menurutnya, perbelanjaan dia dan Normardiah hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.
“Dulu bantuan JKM ini atas nama ayah sebagai penjaga tetapi selepas ayah terpaksa kembali ke kampung halaman di Negeri Sembilan atas sebab menguruskan tanah keluarga, tanggungjawab menjaga Normardiah dipikul oleh saya.
“Dulu bantuan JKM ini atas nama ayah sebagai penjaga tetapi selepas ayah terpaksa kembali ke kampung halaman di Negeri Sembilan atas sebab menguruskan tanah keluarga, tanggungjawab menjaga Normardiah dipikul oleh saya.
“Adik beradik lain tetap hulurkan bantuan bagi menampung perbelanjaan lampin pakai buang dan susu serta keperluan lain,” katanya.
NGO ziarah rumah Normadiah
Sementara itu, nasib Normardiah mendapat perhatian Kelab Permotoran Pahang bersama JKKK Jengka 3, Pemuda Umno Maran, Skuad Muda 1JPJ Parlimen Maran dan Zero Karbon Malaysia.
Sumbangan barang keperluan berupa termasuk katil dan tilam disalurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut sempena konvoi ziarah prihatin ke rumah gadis berkenaan di Jengka 3.
Presiden Kelab Permotoran Pahang, Mohd Rafie Ismail berkata, kasih sayang tidak berbelah seorang abang dalam diri Mohd Khairul wajar diteladani insan lain yang lebih bernasib baik.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui nombor akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 06005-41-00000179-8 atas nama Mohd Khairul Abdul Samad.
Presiden Kelab Permotoran Pahang, Mohd Rafie Ismail berkata, kasih sayang tidak berbelah seorang abang dalam diri Mohd Khairul wajar diteladani insan lain yang lebih bernasib baik.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui nombor akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 06005-41-00000179-8 atas nama Mohd Khairul Abdul Samad.