Home » , , , » Putus Cinta Dengan Kekasih, Song Ji Hyo Tinggalkan Agensi

Putus Cinta Dengan Kekasih, Song Ji Hyo Tinggalkan Agensi

Aktor Running Man Putus Cinta Dengan Kekasih, Song Ji Hyo Tinggalkan Agensi Selepas 4 Tahun Bersama


Pelakon dan juga hos Running Man Song Ji Hyo mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak dengan agensi C-Jes Entertainment setelah empat tahun bernaung di bawah agensi tersebut.

Menurut laporan media di Korea, Song Ji Hyo dikatakan membuat keputusan tersebut selepas hubungan cintanya dengan Baek Chang Joo yang juga merupakan CEO syarikat tersebut berakhir.

Walaupun sudah berpisah sekitar dua tahun lalu, namun perkara itu baru sahaja disahkan oleh wakil syarikat C-Jes Entertainment baru-baru ini.

“Selama empat tahun Song Ji Hyo menjadi sebahagian daripada syarikat kami, kini dia mengambil keputusan untuk tidak lagi menyambung kontraknya dengan C-Jes Entertanment.

“Song Ji Hyo dan juga CEO kami (Baek Chang Joo) telah emnjaga hubungan mereka sebagai rakan sekerja setelah putus dua tahun lalu.

“Bagaimanapun, kami akan terus bekerjasama sehingga Ji Hyo mengikat kontrak dengan syarikat lain.

“Kami akan terus berikan sokongan kepadanya yang kini semakin popular di Asia. Semoga Ji Hyo terus berjaya di masa akan datang.” kata wakil syarikat tersebut.

Terdahulu, hubungan cinta antara Song Ji Hyo dan CEO Baek Chang Joo didedahkan sekitar tahun 2012.

VIEWER

Powered by Blogger.

Popular Posts

Promotion(Click Here)