Home » » METEOR JATUH DI THAILAND DIRAKAM

METEOR JATUH DI THAILAND DIRAKAM

METEOR JATUH DI THAILAND DIRAKAM

Bangkok: Penduduk Thailand terkejut dengan kemunculan cahaya putih di langit dipercayai meteor yang jatuh pada waktu siang.
Rakaman video dari kereta dan kenderaan lain menunjukkan satu cahaya putih yang terang jatuh dari langit.
“Ketika itu matahari terang dengan langit biru apabila saya nampak satu cahaya terang.






"Kalau sebelah malam, memang biasa nampak tahi bintang di langit tetapi belum pernah saya melihatnya pada waktu siang,” kata Porjai Jaturongkhakun, jurutera satelit, yang kamera dalam keretanya merakam kejadian itu ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja.
Penasihat Instutut Kajian Astronomi Kebangsaan Thailand, Voravit Tanvuttibundit, berkata dia pasti cahaya terang pada jam 8.40 pagi (waktu Thailand) itu ialah meteor kerana ia bergerak laju dan amat terang.
Tahi bintang atau meteor ialah batu di angkasa yang memasuki atmosfera bumi dengan kelajuan kira-kira 60 kilometer sesaat dan ia terbakar menjadi cahaya terang. - AFP

VIEWER

Powered by Blogger.

Popular Posts

Promotion(Click Here)