Home » , , » Biodata Muhammad Hasrul Haris Pelajar UITM Selfie

Biodata Muhammad Hasrul Haris Pelajar UITM Selfie

Biodata Muhammad Hasrul Haris Pelajar UITM Selfie



Biodata Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi pelajar atau graduan UITM selfie cetus kontroversi. Seperti sedia maklum, tindakan pelajar yang selfie dengan pro Chancellor UITM Tan Sri Dr Arshad Ayub ketika majlis penyampaian segulung Diploma telah menyebabkan pelajar tersebut digantung selama setahun oleh UITM kerana memalukan nama universiti tersebut. Seperti yang termaktub dalam protokol majlis istiadat Konvokesyen UITM, pelajar dilarang sekali mengambil gambar ketika majlis konvokesyen sedang berlangsung apatah lagi bergambar dengan Pro Chancellor. Menurut UITM, tindakan itu disifatkan sebagai biadap dan tidak menghormati protokol Majlis Konvokesyen.
Biodata Muhammad Hasrul Haris Graduan UITM Selfie
Nama Penuh: Muhammad Hasrul Haris Bin Mohd Radzi
Umur: 21 Tahun
Pendidikan: UITM Lendu Melaka
Program: Diploma Fotografi
Lokasi Konvokesyen: Dewan UITM Shah Alam (Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-82)
Tarikh Konvokesyen: 13 dan 14 Mei 2015
Tindakan Tatatertib UITM: Sijil Diploma telah digantung selama setahun
uitm-konvo
Pelajar UITM Selfie Digantung Setahun Untuk Dapat Diploma
Muhammad Hasrul Haris pelajar UITM yang mencetuskan kontroversi kerana selfie ketika majlis Konvekesyen telah meminta maaf kepada UITM atas kesalahan tersebut. Tambahnya lagi, dia tidak tahu bahawa selfie dengan Pro Chancellor ketika majlis rasmi itu adalah salah. Bagaimanapun, pihak UITM mengenakan tindakan tatatertib dengan menggantung Diploma Muhammad Hasrul Haris selama setahun kerana memalukan UITM.
digantung
Punca Graduan Dapat Ilham Selfie di Majlis Konvokesyen UITM ke 82
Menurut Hasrul, dia mendapat ilham untuk melakukan aksi selfie selepas menonton video sekumpulan graduan dari sebuah universiti tempatan iaitu Universiti Malaya melakukan aksi tarian ketika menerima skrol mereka. Tambahnya lagi, dia berselfie dengan Pro Chancellor adalah simbolik kerana mengambil jurusan Diploma Fotografi.

VIEWER

Powered by Blogger.

Popular Posts

Promotion(Click Here)