Home » , , » Punca Peminat Salahkan Sharnaaz Ahmad Kerana Hidupku Solatku Matiku

Punca Peminat Salahkan Sharnaaz Ahmad Kerana Hidupku Solatku Matiku

Punca Peminat Salahkan Sharnaaz Ahmad Kerana Hidupku Solatku Matiku


Gara-gara telemovie Hidupku Solatku Matiku yang disiarkan pada malam Sabtu lalu, pelakon Sharnaaz Ahmad telah disalahkan para peminat drama melayu.

Semuanya kerana jalan cerita yang bagus dan babak terakhir telemovie tersebut telah meninggalkan kesan mendalam di hati para penonton.

Antara komen yang menarik minat Astro Gempak ialah daripada Mohd Azrie, yang meninggalkan komen “cerita ini sudah menitikkan air mata seorang lelaki”.
Selain daripada komen yang menyebut telemovie tersebut berjaya menumpahkan air mata, ramai juga mahu ia diulang siar.

Tidak kurang juga yang memuji kehebatan dan keberkesanan telemovie arahan Raja Ahmad Alauddin dengan komen-komen positif mengatakan mesej yang cuba dibawakan ‘sampai’ kepada penonton.
Lakonan hebat Puteri Balqish dan Fasha Sandha turut dipuji para penonton dan kesemua maklumbalas postif tersebut telah menjadikan telemovie Hidupku Solatku Matiku berada ditempat kedua ‘trending Malaysia’ pada malam Sabtu.

Tahniah diucapkan kepada Sharnaaz Ahmad kerana ini pertama kali dia menghasilkan sebuah karyanya sendiri dan ia sememangnya yang terbaik.


VIEWER

Powered by Blogger.

Popular Posts

Promotion(Click Here)