Home » , , » [VIDEO] CHINA: Budak 2 Tahun Jatuh Terjunam 30 kaki Selepas Bermain Di Eskalator

[VIDEO] CHINA: Budak 2 Tahun Jatuh Terjunam 30 kaki Selepas Bermain Di Eskalator

[VIDEO] CHINA: Budak 2 Tahun Jatuh Terjunam 30 kaki Selepas Bermain Di Eskalator


Waktu yang amat mencemaskan, kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun hampir mati selepas megekori abangnya membuat 'eskalator surfing' di sebuah pusat membeli-belah.

Rakaman pengawasan, yang dimuatnaik Live Leak, menunjukkan kanak-kanak kecil memanjat susur tangan eskalator tanpa pengawasan.

Dalam keadaan yang merbahaya itu, dia kemudian ditarik oleh tangan eskalator bergerak itu dan jatuh menjunam sekitar 30 kaki ke tingkat bawah.




Dalam klip video di bawah yang diambil dari kamera di tingkat bawah, kita dapat perhatikan anak kecil ini terjatuh tersembam dengan kuat ke lantai yang keras dan kakitangan terkejut melihatnya dengan seram.

Kejadian itu berlaku di sebuah pusat membeli-belah di Dongguan di wilayah Guandong di China pada Selasa.

Menurut laman web itu, anak muda yang kini sembuh selepas beberapa hari menjalani pembedahan menyelamatkan nyawa.

Ajal anak kecil ini belum tiba, syukur dia masih hidup.


VIEWER

Powered by Blogger.

Popular Posts

Promotion(Click Here)