Home » , , » Kastam Buat Operasi, Sabotaj Peniaga-Peniaga Online

Kastam Buat Operasi, Sabotaj Peniaga-Peniaga Online

Kastam Buat Operasi, Sabotaj Peniaga-Peniaga Online,Pos Laju Dihentam Pengguna


SEJAK kebelakangan ini, banyak pula kes melibatkan penguatkuasa awam yang diluahkan oleh netizen di laman sosial masing-masing.
Yang terbaharu, kemarahan dilemparkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang dikatakan mensabotaj peniaga-peniaga online menerusi kiriman barang dan produk yang dipesan pelanggan mereka menerusi perkhidmatan Pos Laju.
3
Antaranya, pengguna Facebook, Muhammad Syafiq dan Zakaria Ghazali berkongsi cerita mengenai operasi KKM yang dikatakan menyusahkan peniaga online sepertinya kerana sebaik sahaja mengoyak barang yang hendak dipos, mereka membiarkannya begitu sahaja tanpa membungkusnya kembali.
Senang cerita, anda baca luahan yang dikongsikan mereka ni..
1
2
Hmm, kalau macam ni lah, siapa yang tak marah kan, buat kerja tu biarlah jujur dan amanah..
Kalau nak periksa pun barang-barang yang nak dipos tu, perlulah mengikut langkah-langkah yang betul.
Lepas dah periksa, kalau produk itu tiada sebarang keraguan, bungkuslah lah elok-elok seperti mana sebelum dikoyakkan.
4
Ini tak, tak pasal-pasal peniaga online dapat nama buruk memandangkan kebanyakan pelanggan mereka mendapat barangan dalam keadaan yang serba tak terurus malah ada juga barangan elektronik yang dilaporkan hilang.




Harap-harap pihak yang terlibat dalam operasi ini dapat menjawab segala persoalan mengenai hal ini agar perkara seperti ini tidak lagi berulang di masa hadapan. –MYNEWSHUB.CC



VIEWER

Powered by Blogger.

Popular Posts

Promotion(Click Here)