Home » , , » Luahan Sayu Hati Dazrin Tidak Dapat Berkahwin Dengan Amyra Rosli, Lima Bulan Tenangkan Diri

Luahan Sayu Hati Dazrin Tidak Dapat Berkahwin Dengan Amyra Rosli, Lima Bulan Tenangkan Diri

Luahan Sayu Hati Dazrin Tidak Dapat Berkahwin Dengan Amyra Rosli,Lima Bulan Tenangkan Diri dan Kini Kembali Aktif Berlakon



Mengambil masa kira-kira lima bulan untuk kembali menenangkan fikiran, Dazrin Kamarudinmengakui jiwanya terseksa sehingga menyebabkan dia tidak dapat memberi fokus dalam karier lakonan malah turut menolak beberapa tawaran yang diterima.

VIRAL!! Ibu Mertua Dedah Sikap Sebenar Khairul Azreen
“Sebenarnya lima bulan saya mendiamkan diri kerana tidak boleh bekerja dan hilang fokus selepas kejadian tersebut. Dalam tempoh waktu itu, saya hilangkan diri sekejap untuk kenal diri semula dan atas nasihat rakan-rakan baru saya kembali berlakon,” katanya kepada mStar Online.
Dazrin menganggap perkara tersebut sebagai pengajaran selain mengakui dia sibuk membuat pengubahsuaian rumah yang baru dimiliknya – juga merupakan salah satu persiapan untuk perkahwinannya pada tahun lalu, ketika tempoh dia berdiam diri.
Sebelum ini, Dazrin telah merancang untuk melangsungkan perkahwinan bersama Amyra Rosli pada 8 Ogos 2014 namun majlis tersebut terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir kerana masalah yang dirahsiakan sehingga kini. (rotikaya/s)

VIEWER

Powered by Blogger.

Popular Posts

Promotion(Click Here)