Luahan Sayu"Saya Masih Belum Sempurna" - Emma Maembong Selepas Dikritik Teruk Oleh Peminat
PETALING JAYA: Pelakon Emma Maembong tidak berkecil hati dengan kritikan peminat di Instagram apabila dilihat tampil dengan imej tidak bersesuaian sebagai wanita bertudung.
Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 23, berkata, dia mengambil teguran dan kritikan membina daripada peminatnya sebagai langkah memperbaiki diri dalam menjadi muslimah lebih baik pada masa hadapan.
"Saya bukan manusia sempurna dan akan tetap melakukan kesalahan tetapi teguran dan kritikan membina saya terima dengan hati terbuka kerana saya tahu mereka ikhlas.
"Cuma kadang-kadang membuatkan saya terkilan apabila ada segelintir pengikut Instagram menggunakan kata-kata kurang enak tetapi ia tidak pernah menggangu saya," katanya kepada mStar Online.
Emma ditemui pada majlis pelancaran dua drama terbaharu iaitu Puteri Gunung Ledangdan Jodoh Sebelah Pintu yang diadakan di Menara Kuala Lumpur di sini, Rabu lalu.
Dua drama berkenaan bakal disiarkan menerusi HyppTV menerusi saluran HyppSensasi (116).

Barisan pelakon Jodoh Sebelah Rumah; (dari kiri) Erwin Dawson, Kamal Adli, Emma dan Lia Natalia.
Aktres itu memegang peranan utama dalam drama bersiri Jodoh Sebelah Pintu arahan Michael Ang bersama aktor Kamal Adli yang akan disiarkan pada 29 Julai depan.
Baru-baru ini, Emma dikritik peminat kerana berpakaian ketat dan ada yang mengatakan imej bertudungnya tidak sesuai dikenakan bersama seluar yang ketat sehingga memperlihatkan bentuk kakinya.
Dalam pada itu, Emma berkata, biarpun dia sudah mengenakan tudung tetapi masyarakat tidak boleh membuat kesimpulan bahawa dia kini sudah sempurna dari semua sudut.
Sebaliknya akui Emma, dia masih dalam proses memperbaiki diri dan tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan termasuk teguran diterimanya baru-baru ini.
"Mengenakan hijab adalah salah satu proses dan masih banyak perkara yang perlu saya dalami tentang agama untuk menjadi muslimah lebih baik pada masa hadapan.
"Pada pemikiran peminat apabila saya bertudung saya sudah lengkap tetapi mereka lupa saya juga manusia biasa," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Emma berkata, sepanjang bulan Ramadan nanti dia akan sibuk di lokasi penggambaran drama Jodoh Sebelah Pintu sebelum mengambil cuti selama seminggu untuk menyambut Aidil Fitri.