Home » , » Sofea Jane Jadi Gelandangan Di Sebalik ‘Orang Itu’?

Sofea Jane Jadi Gelandangan Di Sebalik ‘Orang Itu’?


KUALA LUMPUR 13 JUN 2015: Geladangan bukan lagi isu asing di negara kita, lebih-lebih lagi di kota metropolitan seperti bandar raya Kuala Lumpur.
Kesukaran dan kepayahan golongan ini menempuh hidup saban hari tanpa tempat berlindung yang sempurna pastinya tidak terbayang dek akal kita semua.
Namun, banyak persoalan yang masih belum tersingkap - mengapa, bagaimana dan kenapa mereka ini tidak berumah dan siapakah mereka sebelum ini?
Terinspirasi daripada itu, dua nama besar dalam industri perfileman, Ida Nerina dan Low Ngai Yuen bergabung tenaga menghasilkan filem yang memfokuskan tentang kisah manusia gelandangan.
Menurut Ngai Yuen, atau lebih senang dipanggil Yuen, filem yang diberi judul ‘Orang Itu’ bakal mengupas persoalan-persoalan mengenai gelandangan.
“Setiap manusia, walau siapa pun mereka,  tak kira status dan kedudukan. Mereka mempunyai kisah tersendiri.
“Termasuk juga mereka yang tidak berumah ini. Kadangkala kita lihat... ada yang berpakaian segak pergi kerja tapi sebenarnya seorang gelandangan. Jadi 'Orang Itu'  adalah cerita manusia. Setiap manusia ada kisahnya tersendiri,” kata Yuen.
Menceritakan mengenai kerjasama dua pengarah untuk sebuah filem, Yuen berkata Ida dan dirinya saling ‘melengkapi’ dalam pembikinan filem ini.
“Ini kali pertama saya bekerjasama dengan Ida dalam sebuah filem. Kami sekepala. Itu perkara yang paling saya senang bila bekerja dengan Ida. Selain masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri,” kata Yuen.
Ida ketika itu turut mencelah mengatakan bahawa dirinya lebih mementingkan aspek lakonan.
“Dari segi lakonan, saya lebih ‘fussy’. Saya mahu pelakon bukan sekadar berlakon, tetapi memahami apa yang disampaikan.
“Apa yang saya suka bila dengan Yuen adalah persefahaman. Mudah dalam mengarah apa-apa babak kerana apa yang tak kena bagi saya... Yuen pun akan fikir yang sama,” kata Ida.       
Menyentuh mengenai pelakon, kata Ida dan Yuen, sudah menjadi impian mereka untuk mengambil Sofea Jane berlakon dalam filem ini.
Ida dan Yuen turut mengakui filem yang ditulis oleh Boon Siang Lim ini dibuat khas untuk Sofea.
“Memang menjadi hajat kami untuk ambil Sofea Jane untuk membawa watak utama, seorang gelandangan dan berusia 60 tahun. Lain dari watak-wataknya sebelum ini.
“Selain itu, saya sendiri punya hasrat untuk filem ini dipenuhi nama-nama besar hanya bagi menjayakan watak sebagai pelakon pembantu,” jelas Ida.
Selain Sofea, filem ini turut menampilkan pelakon terkenal seperti Redza Minhat, Carmen Soo, Vanida Imran, Nadia Nisaa, Melissa Saila, Radhi Khalid, Tony Eusoff dan ramai lagi.
Filem yang menjalani pengambaran di sekitar ibu kota ini dijangka menemui penonton tahun hadapan.

VIEWER

Powered by Blogger.

Popular Posts

Promotion(Click Here)