Cari MH370 Tetapi Terjumpa Sesuatu Yang Pelik Buatan Manusia Pada 12,795 kaki Di Bawah Air
Yang Tiada Dalam Rekod Pencarian
Usaha mencari penerbangan Malaysia Airlines (MAS) di Lautan Hindi telah membawa kepada penemuan sebuah kapal karam yang belum pernah diketahui, oleh itu pegawai-pegawai yang bertanggungjawab mencari pesawat MH370 akan membuat siasatan sekiranya kapal tersebut berada dalam zon carian mereka.
Pasukan pencarian yang diketuai oleh Australia menjalankan operasi di selatan Lautan Hindi untuk mencari pesawat tersebut yang hilang sewaktu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac tahun lalu.
Menurut maklumat yang diterima mengenai operasi itu, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia berkata, terdapat pantulan cahaya kecil di dasar laut yang memerlukan pemeriksaan rapi.
gambar hiasan
Data dari sonar imbasan resolusi tinggi yang menggunakan kenderaan dalam air berautonomi mendedahkan objek tersebut mungkin hanya bersaiz seperti bola kriket yang berada kira-kira 3,900 meter(12,795 kaki) di bawah air.
Walaupun serpihan tersebut kelihatan seperti suatu benda buatan manusia, ia dilaporkan tidak mempunyai ciri-ciri seperti serpihan pesawat jadi pihak berkuasa terpaksa menggunakan kamera untuk melihat serpihan tersebut dengan lebih jelas.
Pengarah operasi pencarian MH370, Peter Foley berkata ia merupakan satu penemuan yang menarik tetapi ia bukanlah apa yang diingini.
Imej yang diterima menunjukkan sebuah sauh, dan beberapa objek lain yang dikatakan buatan manusia.
Foley juga menjelaskan, operasi ini tidak akan dihentikan kerana kehilangan pesawat tersebut masih lagi menjadi misteri.
"Jelas sekali, kami berasa kecewa kerana ia bukanlah serpihan kapal terbang tetapi kami sentiasa realistik tentang kemungkinan akan menjumpai sesuatu.
"Operasi ini menjadi bukti bahawa sistem, ahli pencarian, dan peralatan yang digunakan berfungsi dengan baik dan ini juga menunjukkan kami akan menemui serpihan pesawat sekiranya ia berada di dalam kawasan carian," kata Foley.
Pencarian pesawat tersebut telah menjadi sesuatu yang kompleks dan Australia memberi tumpuan kepada kawasan terpencil di Selatan Lautan Hindi yang terletak jauh dari pantai barat yang meliputi 60,000 kilometer persegi (23.166 batu persegi).